Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

U Mobile Perkenalkan Pelan Jimat Terbaru Mereka, Bermula RM38 Untuk Data & Panggilan Tanpa Had


Pelan Pascabayar Hero U Mobile memang digemari pelanggannya kerana pelan-pelan mereka yang menawarkan data istimewa seperti Video-Onz™  bagi penstriman video, Music-Onz™ bagi penstriman muzik, App-Onz™ bagi penggunaan aplikasi sosial dan data tanpa had percuma untuk Waze menerusi pelan pascabayar Hero. Dengan data tanpa had percuma ini ,boleh dikatakan susah sangat nak sentuh kuota internet utama yang disediakan.

Malah, U Mobile juga sememangnya terkenal dengan pelan pascabayar Hero 70 - pelan paling murah dalam menawarkan panggilan telefon percuma tanpa had ke semua rangkaian serta 15GB data internet laju yang boleh digunakan bila-bila masa saja, tidak kira hari biasa atau hari minggu.

Dan kini, U Mobile pergi setapak lebih jauh apabila mengumumkan pelan terbaru pascabayar Hero P38 dan P48 yang masing-masing berharga RM38 dan RM48. Yang paling best, pelan baru ini juga memberi pelanggan panggilan  tanpa had ke semua rangkaian disamping data tanpa had untuk Music-Onz™,  App-Onz™ dan aplikasi Waze! Untuk pelan P48, pelanggan juga akan menikmati data tambahan 5GB untuk strim video dengan Video-Onz melalui 23 rakan videonya.

Ya, semua ini bermula dari RM 38 saja.


via GIPHY

Promosi panggilan tanpa had ini diberi nama sebagai Call-Onz™ dan ia merupakan sebahagian dari 'rangkaian Onz' yang dibekalkan oleh telco itu sebagai kelebihan tambahan  untuk pelanggan mereka.


Ciri baru Call-Onz yang dimasukkan ke dalam pelan pascabayar Hero 38 dan Hero 48.

Call-Onz™ sekaligus menjadikan pelan Pascabayar Hero 38 dan Hero 48 yang termurah dalam menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Pelan Pascabayar Hero 38 boleh dilanggan bermula hari ini manakala pelan Pascabayar Hero 48 akan dilancarkan bermula 17 April ini.
Perbandingan antara pelan pascabayar Hero 38 dan pelan Hero 48.
Pelan Pascabayar Hero P38

Secara asasnya, semua pelan U Mobile memberi data tanpa had melalui rangkaian Onz. Bagi pelan Pascabayar Hero P38, kuota internet berkelajuan tinggi adalah 4GB.

Untuk servis istimewa lain, pelanggan pelan Pascabayar Hero 38 akan menikmati data tanpa had untuk aplikasi sosial (App-Onz™), data tanpa had untuk penstriman muzik (Music-Onz™), panggilan tanpa had ke semua rangkaian (Call-Onz™) dan data tanpa had untuk aplikasi Waze.

Dengan data tanpa had melalui rangkaian Onz ni, korang konfem sentuh sikit je data kelajuan tinggi 4GB. Oleh itu, korang bolehlah kongsikan internet kelajuan tinggi 4GB tu ke kawan kawan melalui tethering atau hotspot. Syok kan!

Pelan Pascabayar Hero 48

Bagi pelan Pascabayar Hero 48 pula, pelanggan akan menikmati segala apa yang ada dalam pelan Pascabayar Hero 38. Dan ditambah baik dengan, kuota internet laju kepada 5GB. Dan lagi seronok, korang dapat nikmati data tanpa had untuk penstriman video (Video-Onz™ sebanyak 5GB. Boleh la layan YouTube, Tonton dan banyak lagi channel guna 5GB tu.



via GIPHY



Video-Onz™, Music-Onz™  dan App-Onz™

Dalam Video-Onz™, pelanggan akan dapat data tanpa had untuk penstriman video menerusi aplikasi-aplikasi dibawah ni. Kalau kecik sangat tak boleh nampak, sila tengok di laman asal di http://www.u.com.my/plans/data-services/video-onz.



Di bawah pula servis-servis yang boleh di-strim menerusi Music-Onz™. Maksud dia, korang tidak perlu menggunakan data internet utama kalau strim muzik pakai aplikasi-aplikasi di bawah ni. Semuanya percuma. Refer http://www.u.com.my/plans/data-services/music-onz kalau rabun tak nampak ikon kecik-kecik tu.




Ni pula aplikasi-aplikasi sosial yang disokong oleh App-Onz™. Tiga aplikasi - iaitu Facebook, Instagram dan Twitter -  boleh digunakan tanpa sebarang limit data.


Sebelum terlupa, sebarang penggunaan data untuk aplikasi Waze juga percuma apabila menggunakan pelan pascabayar U Mobile. Jiwa akan jadi lebih tenang bila tahu kita tak akan sesat lagi gara-gara tak boleh nak search location sebab data habis.

Pakai Waze dengan data percuma barulah sentiasa happy. (Abaikan model comel yang suka senyum tu)


via GIPHY

Jika dicampur-campur balik dengan kelebihan yang diberi oleh pelan pascabayar Hero 38 dan Hero 48 ni, memang sangat berbaloi untuk dilanggan sekarang. Dengan gabungan Video-Onz™, Music-Onz™, App-Onz™, Call-Onz™ dan Waze , boleh dikatakan kuota internet laju utama tu guna sikit-sikit saja.

Korang boleh ketahui info lanjut tentang pelan pascabayar hero P38 dan P48 di http://www.u.com.my/postpaid.

Artikel ini dibawakan oleh: U Mobile.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli