Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tips Pemilihan Pakaian Yang Sesuai Agar Selesa Sepanjang Penerbangan

No Comment

Tidak dinafikan perjalanan menggunakan pengangkutan udara, seperti kapal terbang untuk perjalanan jauh dilihat lebih fleksibel, dari segi masa, dan kesesakan trafik.

Ramai di antara kita akan menaiki kapal terbang jika ingin bercuti, kerana ianya adalah pilihan yang sesuai berdasarkan jarak yang ingin ditujui.

Namun begitu, jika perjalanan yang panjang pula, kita pasti inginkan perjalanan yang selesa, jadi pilihan pemakaian yang bagaimanakah dilihat sesuai untuk digunakan?


Keadaan perubahan suhu yang mungkin akan berubah di dalam pesawat sudah pasti memerlukan kita memakai pakaian yang selesa jika berada dalam pesawat, jadi pilihan yang betul seharusnya menjadi perkara yang perlu dititik beratkan, sekali gus membolehkan anda menikmati penerbangan hingga ke destinasi dengan selesa.

Tip melancong ini menyenaraikan beberapa kaedah pemakaian yang memberikan keselesaan dan juga sedikit gaya buat anda.

1. Elakkan pakaian berlapis

Sudah pasti jika kita pergi ke negara yang berbeza iklimnya, dan ianya adalah musim sejuk, kita pasti ingin bersedia dengan pakaian tebal, namun tidak semestinya perlukan pakaian yang berlapis.

Oleh itu, untuk memastikan anda sentiasa selesa dan hangat semasa penerbangan, memakai selendang kapas yang besar, kardigan, pashmina dan jaket kapas adalah sudah memadai.

2. Fabrik bersesuaian

Kekalkan keselesaan dalam penerbangan dengan memakai pakaian daripada bahan fabrik yang memudahkan pengaliran udara dan memberi kelembapan seperti kapas, sutera atau linen.

Jadi, pastikan pakaian yang dipakai diperbuat daripada fabrik lembut dan menyerap peluh serta membolehkan pengudaraan yang baik sepanjang duduk di dalam pesawat.

3. Sarung kaki 

Jika penerbangan yang jauh, dan anda hamil, adalah disyorkan untuk memakai sarung kaki.

Gunalah sarung kaki khas yang boleh menggalakkan peredaran darah, membantu mencegah bengkak kaki dan membantu melindungi daripada trombosis vena dalam (DVT).

Sarung kaki ini boleh diperoleh di farmasi, kedai ubat, serta kedai menjual alatan melancong, dan lain-lain.

4. Kasut yang selesa

Biasanya ketika menaiki pesawat, kasut yang seeloknya digunakan adalah kasut bertumit rata.

Sekiranya perjalanan yang jauh, sudah pasti anda bosan, dan ada ketikanya akan berjalan berulang kali, sama ada ke tandas, atau melalui kabin, jadi pemilihan kasut yang betul, dan seles, akan kurang memberi tekanan terhadap kaki.

Pemilihan kasut yang lebih santai juga memudahkan anda untuk melalui atau mempercepat proses pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

5. Berpakaian longgar

Elakkan memakai pakaian yang ketat, nilon atau sarung kaki yang ketat, yang mana boleh mengganggu peredaran darah, sebaiknya tidak memakai jeans, atau ‘legging’ yang terlalu ketat.

Boleh memilihi untuk memakai, pakaian longgar atau lebih santai dengan seluar panjang yang lebar.

Sumber: Hmetro

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli