Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terlalu Banyak Halangan Untuk Bersenam, Atasinya Dengan 6 Cara Ini Dalam Menjadikan Aktiviti Senaman Sebagai Rutin Harian

No Comment

Foto; dailymail

Sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan, atau senaman, adalah lebih baik sekiranya membuat penilaian senaman, supaya aktiviti dapat dilakukan dengan selamat dan berkesan, untuk mendapatkan manfaat yang maksima, supaya boleh dijadikan amalan harian.

Namun begitu, ramai di antara kita yang sukar menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan harian, oleh sebab beberapa kekangan, iaitu, halangan dalaman individu, halangan antara individu, juga halangan struktur.

a. Halangan dalaman individu

Ianya berkaitan dengan diri sendiri, yang mana mempunyai perasaan malu untuk bersenam, atas faktor kurang keyakinan diri, tiada motivasi untuk memulakan, atau mengekalkan tabiat bersenam.

Perasaan susah untuk melakukan aktiviti, serta tidak dapat menahan sakit daripada aktiviti tersebut juga menjadi halangan.

b. Halangan antara individu

Ianya berkait rapat dengan orang sekeliling, yang mana menjadikan alasan tiada teman untuk tidak bersenam. Kerana ada yang menjadikan rakan atau teman sebagai pemangkin dalam melakukan aktiviti senaman fizikal.

c. Halangan struktur

Kekurangan alatan senaman, seperti sumber kemudahan, juga menjadi halangan untuk bersenam. Bukan itu sahaja, tiada masa, tiada sumber kewangan, tiada tempat untuk bersenam, tidak tahu maklumat, dan pelbagai halangan lain yang bersangkut paut dengan kemudahan dikelaskan sebagai halangan struktur.


Walaupun ada sahaja halangan, namun, terdapat pelbagai program senaman secara berkumpulan yang dinajurkan oleh pelbagai pihak, ianya mungkin lebih menyeronokkan. Tapi, diri sendiri juga perlulah berusaha untuk mencari akan apa aktiviti yang dijalankan di sekitar tempat tinggal.

Begitu juga dengan aspek kemudahan, yang menjadi alasan untuk tidak bersukan, memang tidak dapat dinafikan, ada sesetengah program dan aktiviti senaman memerlukan perbelanjaan yang tinggi juga peralatan.

Namun, banyak juga aktiviti yang tidak perlukan peralatan, mahupun bayaran. Apa yang diperlukan adalah inisiatif untuk mengetahui akan aktiviti-aktiviti tesebut, dan ada komitmen yang tinggi.

Foto: nursealice

Setelah dapat mengatasi halangan tersebut, boleh teruskan kepada langkah seterunya, iaitu bagaimana untuk menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

1.Pilih aktiviti yang sesuai

Sememangnya jika memilih aktiviti yang di luar keupayaan, akan menyebabkan diri cenderung kepada menurunkan tahap motivasi dan keinginan untuk melakukannya.

Jadi, pilih aktiviti yang sesuai, sama ada dilakukan bersama kawan atau keluarga. Agar lebih menyeronokkan, dan tidak perlu untuk membataskan diri melakukan aktiviti yang boleh dipilih, sesuai dengan keupayaan diri.

2. Bersenam bersama keluarga dan rakan

Ada ketikanya kawan, atau keluarga boleh menjadi penghalang untuk bersenam, tetapi tidak dapat dinafikan juga mereka boleh memberi sokangan untuk maju ke hadapan. Jadi, sebaiknya bawa teman, atau keluarga dalam melakukan aktiviti senaman, dalam mencetuskan suasana yang lebih menyeronokkan, dan ianya kekal dilakukan.

3. Pelbagaikan aktiviti yang dilakukan

Jika buat aktiviti sama, sudah pasti bosan, jadikan ianya lebih menarik, dengan mempelbagaikan aktiviti sesuai dengan keupayaan diri.

4. Tetapkan masa untuk bersenam

Masa sering menjadi penghalang untuk bersenam, kerana kesibukan dengan kerja lain, tapi urus masa dengan sebaik mungkin. Tetapkan bila mahu melakukan aktiviti, dan pastikan setiap hari mampu melakukan aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan, sebagai rutin peribadi.

5. Jangan bersenam dalam keadaan sakit

‘No pain, no gain’, bukanlah satu frasa yang baik, lebih-lebih lagi jika baru berjinak untuk menjadikan tabiat senaman sebagai rutin harian. Ini kerana, kita pasti akan berasa sakit, sekiranya baru sahaja melakukan aktiviti tersebut. Jadi, rehatkan diri, sehingga kecederaan pulih sepenuhnya.

6.Tingkatkan pengetahuan berkenaan aspek senaman

Jika tidak tahu, kita seharusnya mencari inisiatif untuk mendalami ilmu ini. Banyak sudah yang dikongsikan dalam internet, juga media sosial akan aktiviti senaman yang boleh dilakukan. Jadi, manfaatkannya dan pengetahuan itu boleh menyumbang kepada penglibatan aktiviti senaman yang lebih bersesuaian.

Moga-moga dengan perkongsian ini, tidak lagi menjadikan kita untuk memberi alasan dalam tidak bersenam, apa yang pentin ada usaha serta inisiatif untuk berubah, diri mesti kuat dan ada komitmen.

Sumber: Sinar Harian

Siakap Keli

BACA: Berpeluh Bukan Bermakna Aktif, Ini Sebab Mengapa Anda Berjoging Tetapi Berat Badan Tidak Turun, Doktor Ini Kongsi Cara Berjoging Yang Betul
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli