Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini: Sekurang-Kurangnya 10 Maut Bom Gegar Stesen Keretapi di St. Petersburg Ketika Putin Melawat Bandar Tersebut


Rusia - Satu bom yang meletup di stesen keretapi di St. Petersburg membunuh sekurang-kurangnya 10 orang hari ini.

Insiden berlaku di stesen Senmaya Ploshchad menyebabkan sekurang-kurangnya 50 cedra termasuk kanak-kanak.

Ketika kejadian, Vladimir Putin berada di bandar itu untuk pertemuan dengan presiden Belarus dan mengesahkan terdapat kematian dan kecederaan akibat kejadian.

"Saya sudah bercakap dengan ketua bahagian khas, mereka sedang menyiasat punca kejadian.

"Sebabnya belum jelas, masih terlalu awal, Kita tengok dari semua sudut, keganasan dan juga jenayah biasa." kata Putin.

Menurut RT.com, bahan letupan adalah bersamaan dengan TNT seberat 200-300 gram.

Letupan juga menyebabkan gerabak keretapi rosak teruk.







Sumber: RT.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli