Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini: Kumpulan Penyerang Tentera Laut AS Digerakkan Ke Semenanjung Korea: Pegawai AS



Tentera Laut Amerika Syarikat sedang menggerakkan kumpulan penyerang ke Lautan Pasifik Barat untuk 'meningkatkan rasa kehadiran' berdekatan dengan semenanjung Korea, kata pegawai rasmi AS pada Sabtu.

Kumpulan penyerang Carl Vinson, yang termasuk sebuah karier pesawat, akan bergerak dari Singapura ke arah semenanjung Korea, kata pegawai tersebut kepada Reuters.

"Kami merasakan bahawa penting untuk meningkatkan rasa kehadiran," kata pengawai itu lagi sambil menambah kerisauan mereka tentang perilaku Korea Utara.

Tahun ini, beberapa pegawai Korea Utara - termasuk Kim Jong Un - beberapa kali telah memberi tanda bahawa satu ujian peluru berpandu balistik antara benua atau sesuatu umpama itu bakal dilancarkan - kemungkinan seawal 15 April, sebagai ulang tahun ke-105 pengasas presiden Korea Utara dan sambutan tahunan 'Hari Matahari' di sana.

Awal minggu ini, presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping bertemu di Florida dimana Trump mendesak rakan sejawatannya itu melakukan lebih untuk mengekang program nuklear Korea Utara.

Sumber: Reuters
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli