Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terdedah Dengan Cuaca Panas Melampau Berisiko Untuk Mendapat Strok Haba, Cegah Sebelum Ia Beri Kesan Terhadap Kesihatan

No Comment

Bagi mereka yang bekerja di kawasan lapang, yang mana terdedah dengan panas terik mentari, sudah pasti akan berdepan dengan situasi yang mana cepat dahaga, atau dehadrasi.

Ianya bukanlah perkara biasa, dan perlu diambil serius, kerana terdedah dengan panas yang melampau boleh menyebabkan anda terkena strok haba.

Sekiranya ia tidak dapat dielakkan, dan anda terpaksa bekerja, walaupun di bawah panas, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan dalam mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau tersebut.


1. Gejala cuaca panas melampau

a. Sakit kepala
b. Keletihan
c. Lemah tumpuan
d. Pening
e. Lemah otot–otot atau kekejangan
f. Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).


2. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau

i. Anda Perlu :

a. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
b. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
c. Hadkan aktiviti luar
d. Kerap berehat
e. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
f. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
g. Pakai topi atau payung yang besar

ii. Elakkan:

a. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
b. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
c. Bersenam dalam cuaca panas

3. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

a. Keluar dari kawasan yang panas
b. Tanggalkan pakaian yang ketat
c. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
d. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
e. Minum air setiap 15 minit
f. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli