Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Takut Budak Buat Bising Dalam Kapal Terbang, Ini 5 Tips Nak Bagi Anak-Anak Senyap Ketika Dalam Pesawat



Terbang 3-4 jam pastu sepanjang penerbangan tu ada budak menangis. Memang sepanjang perjalanan tu mesti orang sekeliling duk jeling-jeling tengok.


via GIPHY

Tapi yang jeling-jeling sambil buat muka tak puas hati tu mesti bukan golongan ibubapa atau tak pernah ada pengalaman bawa budak-budak naik kapal terbang. Kalau pernah bawa, mesti diorang tahu betapa susahnya nak kawal budak-budak ni.


via GIPHY

Budak-budak ni nak menangis atau menjerit tak kira masa. Mereka bukannya faham, jadi nak buat macam mana kan? Sebab tu ibu bapa yang bijak kena tahu cara nak tackle perhatian anak-anak supaya diorang leka kejap. Kalau orang Kelantan, diorang panggil ralit.

1 - Makan, makan, makan

Benda apa yang semua orang suka buat? Makan. Kalau bab makan ni, bukan setakat budak je boleh senyap, orang tua pon boleh terdiam tak terkata apa.

Dalam AirAsia, banyak makanan best yang boleh dipilih dalam menu Santan mereka. Yang paling popular dah tentu Nasi Lemak Pak Nasser tu. Tapi ada juga sate ayam, macaroni keju dan bebola ayam yang pasti akan buat budak-budak leka masa dalam penerbangan.

Lawat laman ini untuk tengok makanan apa yang hot dalam AirAsia sekarang. Nak lagi jimat, pilih terus hidangan kombo Santan sebab boleh dapat minuman percuma. Kombo Santan ni cuma berharga RM10 untuk penerbangan AirAsia manakala RM15 untuk penerbangan AirAsia X.

Satu lagi, AirAsia juga sedang buat promosi untuk menu terbaru mereka, Kari Hijau Thai. Barang siapa yang membuat pra-tempahan kari hijau itu, mereka akan dapat 10x mata ganjaran AirAsia BIG. Kari hijau ni boleh dikatakan kari tapi versi Thailand.


Tempah siap-siap makanan untuk anak-anak ketika buat tempahan penerbangan.


via GIPHY

2 - Tidur..ZZZZ





Dah habis makan mesti mengantuk kan? Jadi dodoikan anak-anak tu supaya mereka tidur. Silap-silap haribulan diorang boleh tertidur sampai la kapal terbang mendarat.

Kalau susah benar diorang ni nak tidur, boleh bagi diorang tengok gambar-gambar dalam buku atau katalog yang ada dekat tempat duduk.

3 - Bagi tengok pemandangan luar


Satu cara lain nak bagi budak-budak senyap masa naik kapal terbang adalah dengan bagi mereka duduk di hujung sekali.  Sama macam naik kereta la kan, budak-budak mesti nak duduk belah tepi punya.

Untuk AirAsia, pemilihan tempat duduk boleh dibuat semasa menempah penerbangan.

Sila tengok susunan tempat duduk AirAsia guna lawatan virtual ini: https://goo.gl/Cq36YR.

4 - Bawa naik sekali patung/bantal busuk kesayangan mereka

kredit foto: Salsadina Official
Hah, ni memang berkesan. Masa travel nanti, jangan letakkan bantal busuk dalam luggage. Bawak masuk kabin sekali. Bantal 'busuk', memang terkenal sebagai 'ubat' yang boleh menenangkan tuannya.

Tapi kalau nak bawak naik tu, pastikan bantal tu tak bau teruk sangat. Ni kalau tak basuh 5-6 tahun pastu bawak naik kapal terbang, mau muntah darah orang sebelah wei.

5 - Layan cerita di telefon bimbit

Storage telefon sampai beratus-ratus GB tapi takkan nak simpan cerita untuk anak pun tak boleh? Download siap-siap cerita budak-budak pastu bagi je mereka layan dalam kapal terbang nanti. Confirm senyap.

Tapi kalau naik AirAsia, kita tak payah susah-susah simpan cerita dalam telefon sebab kapal terbang mereka ada hiburan dalam penerbangan yang bernama ROKKI. Dengan ROKKI ni, kita boleh tengok movie percuma di telefon. Tapi bukan setakat streaming movie saja, tapi boleh juga main game, baca katalog, baca e-book, dengar lagu dan lain-lain lagi.

Untuk bebudak, ROKKI ada sediakan hiburan khas untuk mereka. Yang terbaru, mereka ada masukkan Didi & Friends dan juga cerita Pokemon.


via GIPHY


Jadi, macam mana nak gunakan servis ROKKI?

Pertama, lihat di pintu masuk kapal terbang sama ada perkataan 'Wi-Fi Available'. Kalau ada, kita boleh guna servis ROKKI dalam tu.


Kedua, tunggu sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan dan aktifkan dahulu flight mode/airplane mode di telefon pintar.


Ketiga, aktifkan Wi-Fi dan sambungkan ke ROKKI.



Keempat, tunggu dan anda akan dibawa terus ke portal ROKKI. Dari situ, pilih saja benda apa yang anda mahu buat. Kalau tak dapat, taip saja rokki.com di Google Chrome kat telefon.



Tapi kalau masih tak jadi, boleh minta bantuan pramugara/pramugari dalam kapal terbang tu. Jangan risau, diorang sporting. Kalau setakat nak tolong buka ROKKI tak ada masalah la.

 ROKKI pun ada sediakan internet juga.


via GIPHY

Sebagai servis tambahan, ROKKI pun ada menawarkan sambungan internet bagi penumpang yang perlu berhubung dengan dunia luar. Tapi berbeza dengan servis hiburan tadi, servis internet ROKKI adalah berbayar. Ada dua jenis pelan internet yang ditawarkan iaitu Chats Plan dan Internet Plans.

Chats Plan berharga RM9 manakala Internet Plans berharga RM18.

Chats Plan sesuai untuk penumpang yang mahu menggunakan aplikasi chatting seperti WhatsApp, WeChat, LINE, Viber  dan Kaokao Talk. Internet Plan pula disediakan bagi sesiapa yang mahu menggunakan internet secara lebih menyeluruh seperti memeriksa emel, membuka laman web, update Instagram atau Facebook dan lain-lain. Pelan internet yang ditawarkan tidak meliputi muat turun YouTube dan App Store/Play Store.

Setakat ini, ROKKI hanya boleh didapati dalam penerbangan AirAsia terpilih dengan kod penerbangan AK.

Tak mahu cerita panjang-panjang, tapi kalau nak tahu lebih tentang ROKKI boleh layari rokki.com.

Dengan tips tips ni, budak mesti boleh dikawalkan. Dan semua boleh enjoy flight dengan AirAsia #WIN.

Artikel ini dibawakan oleh: AirAsia Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli