Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Stesen TV Singapura Dan Najib Ali Mohon Maaf Isu Persenda Datuk Seri Najib


Stesen Channel 5 dan pelawak Najip Ali dari Singapura hari ini telah membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung isu mempersenda Pedana Menteri Malaysia itu, lapor The Malay Mail.

Pihak stesen berita Mediacorp dan Najip mengakui rancangan yang disiarkan dalam segmen OK Chope! minggu lepas “menjelikkan dan menyakitkan hati”.

“Channel 5 dan kumpulan produksi OK Chope! memohon maaf seikhlasnya kepada perdana menteri [Malaysia] kerana satu segmen episod minggu lepas,” kata ketua pengawai perhubungan awam Mediacorp Debra Soon dan pelawak itu.

“Kami, dengan itu, menarik siaran ulangan serta-merta. Kami memohon maaf sungguh-sungguh atas kesilapan ini.”

Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: “Najib slams... for threatening Malaysia's progress”. (Najib mengecam... kerana mengancam kemajuan Malaysia).

Apa yang lebih panas, di dalam program berkenaan, Najip telah memberikan pelbagai jawapan yang dianggap menghina dan mempersendakan perdana menteri, sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati termasuk Persatuan Seniman Malaysia.

Najip, yang juga juri Maharaja Lawak Mega 2017 terbitan Astro, menyedari bahawa beliau tidak sensitif dan cuai sepanjang segmen itu.

“Saya mahu memohon maaf sepenuhnya kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Saya merayu kemaafan beliau dan juga kepada penonton dan rakan-rakan,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli