Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Standard Chartered Bank Malaysia Bagi Cuti Bersalin 20 Minggu Bergaji Penuh


KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank Malaysia (Stanchart) baru-baru ini telah mengumumkan pelaksanaan cuti bersalin 20 minggu bergaji penuh, lapor Bernama.

Manfaat cuti bersalin 20 minggu dengan gaji penuh itu adalah seumpamanya dalam industri perbankan, adalah sebahagian daripada langkah penambahbaikan pada manfaat pekerja.

Stanchart berkata, bagi merealisasikan budaya mesra keluarga bank itu, untuk pekerja lelaki di mana isteri mereka bersalin, mereka ini turut akan menikmati cuti dua minggu, manakala ibu bapa angkat baharu juga berhak mendapat cuti dua minggu dan bergaji penuh di mana manfaat itu merangkumi semua pekerja bank berkenaan, tanpa mengira tempoh perkhidmatan.

Ketua Sumber Manusia, Florence Foo, berkata Stanchart sentiasa berusaha untuk menambah baik kebajikan kakitangan, selain mengekalkan dan melatih pekerja.

"Kajian dalaman dijalankan menunjukkan motivasi pekerja meningkat setelah mereka memperoleh sokongan lebih baik dalam integrasi kehidupan profesional dan peribadi mereka," katanya.

Bagi melaksanakan amalan kerja fleksibel, kakitangan  bank berkenaan ditawarkan pilihan untuk bekerja separuh masa, memilih waktu kerja anjal atau bekerja dari rumah pada hari terpilih, tertakluk pada tugasan mereka selepas memperoleh kelulusan daripada pengurus. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli