Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siasatan Kes Adik Mohamad Thaqif Diklasifikasikan Semula di Bawah Seksyen 302 Kerana Membunuh



Kuala Lumpur, 26 Apr - Siasatan kes yang melibatkan bekas pelajar tahfiz, adik Mohamad Thaqif diklasifikasikan semula di bawah seksyen 302 kerana membunuh.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter beliau sebentar tadi selain turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Kes Adik Thaqif Amin- @PDRMsia ucapkan Takziah kpd keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan kan semula siasatan di bwh Sec 302 Bunuh"

Selain itu, Khalid juga berkata pihak PDRM akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan kadar segera.

"Kes Thaqif Amin- @PDRMsia akan dapatkan lapuran penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dgn segera." tulis beliau.

Adik Thaqif Amin meninggal dunia pada jam 2.05 petang tadi ketika keluarga sedang membacakan Yasin.

Sumber: Twitter KBAB51
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli