Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Siapa Mop Lantai, Nanti Dapat Upah”, Pengajaran Sebegini Adalah Salah, 4 Faktor Ini Menjadi Sebab, Mengapa Beri Upah Adalah Langkah Yang Kurang Berkesan

No Comment

“Mak, adik dah sapu lantai, upah mana?”, “Siapa basuh pinggan, abah bagi upah.”, ada ketikanya perkara sebegini pernah dilakukan oleh kita dalam ‘mengajar’ atau ‘melatih’ anak-anak untuk tolong kita lakukan sesuatu perkara.

Namun begitu, adakah wajar kita memberikan mereka upah, atau ‘allowance’ dengan bantuan, juga kerja rumah yang dilakukan oleh mereka?

Mengikut kajian yang telah dilakukan, menerusi perkongsian dari laman Happily Family, anak-anak tidak harus diberikan upah setiap kali mereka melakukan kerja-kerja rumah (chores). Mari kita baca apakah sebabnya.


1. Tidak berkesan untuk jangka masa panjang

Kajian membuktikan bahawa, jika kanak-kanak atau orang dewasa diberikan ganjaran sekiranya mereka melakukan sesuatu, atau melakukannya dengan baik, mereka dilihat kurang berjaya untuk melakukan tugasan yang lain. Pelajar lebih banyak belajar jika tidak disuruh untuk mendapatkan ‘A’. Ganjaran tidak efektif dalam meningkatkan kualiti bekerja atau belajar.

2. Hanya lakukan jika diberi ganjaran

Sebagai contoh, jika kita berikan upah untuk mencuci bilik air, mereka akan lakukannnya selagi kita memberikan upah atau ganjaran, tapi jika kita menghentikan berbuat demikian, anak-anak tidak akan melakukan tugasan tersebut.


3. Ganjaran jadikan diri berlawanan

Apabila kanak-kanak di berikan ganjaran, kerana mereka bersikap baik terhadap kawan-kawan yang lain. Kanak-kanak tidak merasakan yang diri mereka yang sebenarnya adalah ‘baik’, dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang.

4. Lakukan bukan sebab suka, tapi sebab ganjaran

Ada kajian yang dilakukan, yang mana semakin banyak ganjaran yang diberikan, semakin kurang mereka berminat untuk melakukan sesuatu itu secara sukarela, selain untuk mendapatkan ganjaran.

Seperti kita, jika minat dengan muzik, kita akan lakukan dengan gembira, bukan atas dasar paksaan.

Jika kita tidak latih mereka dengan ganjaran, anak-anak akan berfikir yang bantuan tersebut, dapat meringankan tugas ibu bapa, dan mereka akan gembira lakukannya, sebab dapat tolong ibu dan ayah.


Secara keimpulannya, memberi anak-anak ‘allowance’ adalah salah satu sumbangan keluarga kepada mereka. Dan anak-anak lakukan kerja rumah (chores) juga, adalah salah satu sumbangan mereka terhadap keluarga.

Tapi, jangan berikan upah hanya kerana mereka lakukan kerja rumah tesebut, tetapi anak-anak dapat upah disebabkan mereka merasakan sikap tanggungjawab terhadap keluarga, dan sebab mereka menjadi diri sendiri, bukan atas dasar upah tesebut.

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli