Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Semalam Genap 1 Tahun Saya Buang 2 Biji Bebola Gel - Safiey Ilias

No Comment


Nama Safiey Ilias bukanlah satu nama yang perlu diperkenal lagi di dunia maya ini, seorang anak muda berjaya dalam bidang perniagaan yang menjadi contoh kepada anak muda lain diluar sana, mengakui dia pernah melakukan kesilapan dalam memilih jalan hidup, tetapi kini telah kembali ke pangkal jalan yang diredhaiNya.

Dia mengakui masa silamnya cukup teruk apabila telah telibat dalam dunia mak nyah dan pada tahun lepas bersamaan 16 April 2016 dia telah melakukan pembedahan membuang dua biji gel daripada payudaranya.

Ada segelintir netizen tidak suka akan proses penghirahannya sehingga dikecam, dan ada yang tidak percaya keputusan membuang gel itu berkekalan, namun kini selepas setahun berlalu nampaknya Safiey terus istiqamah dengan keputusan yang dibuatnya itu.

Berikut adalah luahan dan pesanan Safiey kepada mereka di luar sana, jom kita baca

Semalam genap 1 tahun tanpa dua biji bebola gel... Hijrah saya bukan sekadar luaran dan penampilan.. tapi paling besar sekali adalah bila meletakkan hanya Allah yang satu... Sesiapa pun boleh berhijrah penampilan tetapi tidak pada ibadah.

Nasihat saya adalah jaga solat betul-betul sebab ia kunci kejayaan dunia & akhirat... Saya tak baik mcm awk semua yg sebelum ni jaga solat... saya baru jumpa jalan... hijrahkan diri tentang ibadah dahulu baru benda2 lain yg baik insyaallah akan menyusul..

Kalau saya masih mak nyah tapi tak solat, tak ada beza jika saya lelaki tapi tak solat... pokok pangkal adalah tentang solat... berhijrah penampilan bukan tiket kejayaan yg sebenar lagi... solatlah kejayaan yang sebenar!



Solatlah walau siapapun awak.. mulut orang letak tepi... mungkin hidayah akan sampai pada awk bila tiba masanya.. orang sekarang nak berubah tapi tunggu hidayah sampai.. sedangkan solat itu sebenarnya adalah usaha "mencari hidayah"... sebab tu orang yang tak solat sebenarnya menolak hidayah dan merosakkan hidayah islam & iman yang dah diperoleh sejak lahir...

Bukahkah Allah paling murka pada org yg tidak mahu sembah dia dan tidak mahu mengaku hamba?? Bukankah solat perkara pertama Allah tanya ? Ramai org tanya "alah dia solat tp dosa itu ini buat jugak".. ya itulah manusia! Hanya malaikat dan makhluk lain yg patuh pada Allah dan sedikit pun tak ingkar perintah Allah.. dah nama manusia bukannya ombak laut.. pasti ada buat silap...



Jangan patahkan semangat bila ditohmah begitu oleh orang... bukankah solat itu sendiri adalah doa? Pencuci jiwa? Pencuci dosa? Kita solat sbb kita hamba, dan kita ada kesedaran pada dosa yang tiap masa kita buat sama ada sedar atau tak..Mcm sekarang, tengah baca status ini.. ada dosa yang kita sendiri tak sedar kita buat.. jadi solatlah untuk sucikan dosa itu...

Doakan saya.. saya manusia sama seperti anda yg mgkin buat silap beribu kali.. namun Allah maha pengampun... rahmatNya menlangkaui kemurkaanNya.. TAK APA DIBENCI MANUSIA.. TAK APA DIEJEK MANUSIA.. BIARLAH ORG LAIN TAK FAHAM UJIAN KITA.. JANJI KITA USAHA CUKUP2 BUAT ALLAH SAYANG KITA... kasih sayang manusia ni tak puas.. Siakapkeli.my

Kredit: Instagram Safiey Ilias
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli