Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saintis Cipta Material Skrin Telefon Yang Boleh Pulihkan Calar & Retak Dengan Sendiri, Bakal Dipasarkan Seawal 2020


Hanya ada dua pilihan saya apabila kita terjatuh dan cermin telefon retak - sama ada baiki atau tukar ganti sepenuhnya.

Pakar kimia di Universiti California, Riverside, telah mencipta pilihan ketika: material skrin telefon pintar yang boleh menyembuhkan dirinya sendiri.

Pengkaji menjalankan beberapa ujian terhadap material itu, termasuk keupayaan menyembuh diri sendiri dari potongan dan calar. Selepas material itu dipotong kepada dua, ia secara automatik 'menjahit' dirinya semula dalam masa 24 jam, kata ketua kumpulan pengkaji itu, Chao Wang kepada Business Insider.

Material mampu regang 50 kali dari saiz asalnya itu diperbuat dari polimer boleh regang dan garam ionik. Mungkin terlalu kompleks untuk diterangkan secara kimia, tetapi dalam bahasa senangnya, ia mempunyai ion dan molekul yang mampu menarik antara satu sama lain seterusnya memulihkan material terbabit.


Foto: Wang

Ini merupakan kali pertama saintis berjaya mencipta material yang boleh menyembuhkan diri sendiri serta menyalurkan elektrik, kata Wang.

Beberapa telefon LG, seperti G Flex, sudah mempunyai material di cover belakang yang mampu menyembuhkan calar. Namun material itu tidak mampu menyalurkan elektrik, jadi pengeluar tidak boleh gunakannya untuk skrin.

Wang menganggarkan material terbabit boleh mula dipasarkan untuk kegunaan skrin telefon dan bateri pada 2020.

Kumpulan Wang menyampaikan kajian cemerlang itu pada 4 April lalu di American Chemical Society.

"Material sembuh sendiri mungkin masih jauh lagi untuk diaplikasi di dunia sebenar, namun saya percaya mereka akan mula keluar tidak lama lagi dengan telefon bimbit. Dalam masa tiga tahun, lebih banyak produk mampu sembuh sendiri akan dipasarkan dan mengubah cara kita hidup setiap hari," kata Wang.

Sumber: Business Insider
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo bergabung dengan kami di DEWAPK dan menangkan hadiah nyata nya hanya dengan modal 10rb saja loh silahkan mencoba ya.. pin bb D87604A1

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam

  3. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino
    hanya dengan 1userid sudah bisa mencoba semua games lo

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli