Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sabarlah Sayang, Kisah Anak Kecil Ini Yang Terpaksa Ditebuk Perutnya Untuk Bolehkan Dia Buang Air Kecil Dan Besar


Tiada kata yang dapat untuk diungkapkan melihat penderitaan anak kecil berusia 10 bulan ini, Mohd Rafa Mikail dimana dia telah dilahirkan tanpa lubang dubur, selain menderita usus terkeluar.

Semasa dia dilahirkan, doktor menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti jantinanya, selain turut mengesan bayi itu mengalami masalah tulang belakang bengkok dan kaki kiri mempunyai satu tulang.

Menurut ibu Mikail, Nurul Syahfika Kamarul Aiani, 20, berkata, anaknya itu telah dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Ketika di HKL, pakar yang mengendalikan kes anak saya menjalankan pembedahan usus dan menebuk lubang di kiri dan kanan perut bagi membolehkannya membuang najis serta air kencing. Selepas menjalani pembedahan itu baru doktor dapat mengenal pasti jantina anak sebagai lelaki,” katanya ketika kunjungan ahli Kelab Permotoran Ezora, Estima dan Vellfire di kediaman mentuanya di FELDA Jengka 9, di sini, kelmarin.

Menurutnya, doktor tidak dapat memberi kata putus mengenai keadaan anak lelakinya itu.

“Buat masa ini, fokus doktor adalah lubang najisnya kerana doktor akan menjalankan pembedahan seterusnya bagi menutup sebelah daripada lubang najis itu apabila anak berusia dua tahun,” katanya.

Beliau yang kini turut hamil tujuh bulan turut menyatakan dia dan suami, Shafiq Mohd Refee, 21 terpaksa berulang-alik ke tiga hospital berbeza bagi melakukan pemeriksaan susulan penyakit anak mereka.

“Saya ke Hospital Jengka, Maran untuk pemeriksaan kaki, HOSHAS untuk pemeriksaan mata, telinga, kaki, manakala HKL bagi pemeriksaan susulan pembedahan usus.

“Pendapatan suami yang bekerja kilang sebanyak RM1,000 tidak mencukupi untuk menampung kos perjalanan itu, selain perlu membeli lampin pakai buang dan susu apatah lagi anak bergantung sepenuhnya dengan susu tepung,” katanya yang sudah memohon bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kepada mereka yang ingin membantu ini nombor akaun ibu bapa mereka, maybank
156141543389 Shafiq Bin Mohamad Refee.
156141389758 Nurul Syahfika Kamarul Aiani.
Alamat No 159 jengka 9, nombor telefon 0109207205. - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli