Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Hartanah & Pelaburan, Bagaimana Kiraannya, Pemuda Ini Kongsikan Caranya

No Comment

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP adalah salah satu cara yang mana sebahagian dari gaji dipotong, dan daripada potongan tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Bila masanya sudah tiba, anda boleh mengeluarkan wang tersebut, tapi, ada juga cara lain yang anda boleh keluarkan wang KWSP tersebut.

BACA: Ramai Tak Tahu Ada Banyak Cara Nak Keluarkan Wang KWSP, Berikut Adalah 16 Cara Pengeluaran KWSP Yang Wajib Anda Tahu

Dalam perkongsian di atas, ada disebutkan juga, anda boleh keluarkan wang untuk kegunaan hartanah, juga bagi pelaburan, tapi, bagimana pula caranya?

Untuk mengetahui bagaimana caranya, saudara Hafiz Hazmi telah terangkan akan kiraan yang boleh anda lakukan, dalam mengetahui akan pengeluran untuk hartanah, juga pelaburan.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


ILMU MELIBATKAN KWSP yang rata ramai belum "perasan"

Siapa yang tak terbakar kalau kawan bercerita tentang kejayaannya memiliki hartanah, simpanan hari tua yang tersusun, komitmen bulanan yang rendah walaupun memiliki total financing aset yang tinggi dan sebagainya.

"Terbakar sahaja tiada guna kalau tiada perlaksanaan, usaha dan paling penting : ILMU. Perkongsian kali ini saya khususkan pada kelebihan yang ada pada pencarum KWSP. Bukan sekadar tolak dari gaji anda 11% @ 8% sia-sia sahaja. Kalau rasa begitu, bahan bacaan ni wajib untuk anda.


PENGELUARAN UNTUK TUJUAN HARTANAH

Ramai tahu yang akaun 2 boleh digunakan untuk tujuan pembelian hartanah. Secara khususnya fungsinya terbahagi pada 3 kegunaan. Pengeluaran pembinaan/deposit rumah, bayaran bulanan pembiayaan rumah dan langsai/kurang pinjaman rumah.

Untuk option pertama, jumlah yang anda boleh keluarkan ialah: 

( Harga Rumah - Margin Pembiayaan ) + 10% harga rumah

Atau 

Berapa banyak yang ada dalam Acc 2 selagi tidak melebihi kiraan formula diatas. Lihat gambar [1]


Jadi, selain dari usaha mengumpul modal untuk beli rumah, ini juga adalah "talian hayat" untuk bantu usaha murni anda tu. Contoh matlamat nak beli rumah 200K. Modal diperlukan biasanya 3% booking fee, 7% balance deposit dan 3% legal fee. 

Pecahannya anda mungkin boleh buat begini :- 3% deposit - 6,000 kumpul sendiri, 3% legal fee - 6,000 kumpul sendiri dan 7% balance deposit - 14,000 dari akaun 2 epf.⬅️ sekadar idea.


PENGELUARAN TUJUAN PELABURAN UNIT AMANAH

Selain melabur hartanah, dana kwsp anda juga boleh digunakan untuk pelaburan unit amanah. Tujuan ini boleh dilangsaikan hanya dengan Akaun 1. Sebenarnya Acc 1 ini hanya untuk dinikmati selepas umur persaraan 55 tahun. Tapi cukupkah dana tersebut di usia senja nanti yang pastinya kecil kalau nak dibandingkan dengan keperluan selepas bersara nanti?

Jawapannya 90% tak cukup punya. Jadi gunakanlah akaun 1 ni sebaiknya untuk dipindahkan dan dilabur dalam pelaburan unit amanah yang anda arif. Tak arif pun, kene labur juga dan disini pentingnya peranan perunding unit amanah di pasaran.

Purata pulangan pelaburan KWSP ialah dalam 5%-7% setahun. Potensi pulangan pelaburan Unit Amanah pula ialah 10%-15%. Jadi apa kata laburkan, bukan semua tapi sebahagian dari dana yang ada untuk pulangan jangkamasa panjang yang lebih baik.


Jumlah yang boleh dilaburkan ialah ikut formula ni:

(Baki Acc 1 terkini - basic saving umur pelabur terkini) x 30%. Lihat Gambar [2].

Masukkan sahaja amount dan umur anda. Auto populate. Anda semua digalakkan register TAC no di kiosk-kiosk KWSP berhampiran dan log in, untuk memudahkan anda mengakses data akaun anda.

Sampai sini sahaja dulu. Moga anda belajar sesuatu.
Tekan je SHARE kalau nak sampaikan pada kawan anda.

- Siakap Keli

BACA: Tahukah Anda Daftar Haji Boleh Menggunakan Akaun KWSP, Lelaki Ini Kongsikan Caranya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli