Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelawak Charlie Murphy Meninggal Dunia


NEW YORK: Pelawak terkenal dari Amerika Syarikat, Charlie Murphy yang juga abang kepada pelakon Eddie Murphy dilaporkan telah meninggal dunia pada umut 57 tahun, lapor CNN.

Menurut wakil beliau, Domenick Nati berkata, Murphy meninggal dunia di sebuah hospital di New York, pada awal pagi akibat leukemia.

Mendiang pernah digandingkan dengan bintang terkenal, Rick James dan Prince dalam persembahan komedi Dave Chapelle dan membintangi beberapa filem, termasuk Jungle Fever, Night at the Museum dan Lottery Ticket.

"Kami sedih dengan pemergian Charlie," kata keluarga Murphy.

Isteri Murphy, Tisha Taylor Murphy, telah meninggal dunia pada tahun 2009 lalu akibat kanser serviks. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli