Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelanggan Guna Helah Tukar Duit Kecil Dalam Jumlah Besar, Dikira Balik, Juruwang 'Short' Sebanyak RM500

No Comment

Dilaporkan kepada Siakap Keli hari ini, seorang juruwang yang merupakan adiknya telah kehilangan sebanyak RM500 dari mesin juruwang gara-gara melayan kehendak seorang lelaki yang ingin menukar wang RM1,400 kepada pecahan RM50.

Mangsa bagaimanapun mendakwa bahawa lelaki tersebut telah menggunakan helah ketika pengiraan wang. Berikut adalah laporan yang diterima oleh kami.

Datang hamba Allah nak tukar duit sebanyak RM1400 nak tukar kepada pecahan RM50. Bila adik saya berikan pecahan wang tersebut, dia pula tukar fikiran dan mahukan pecahan RM10 dan pada masa yang sama dia lelaki tersebut mengira pecahan wang RM50 depan adik saya dan kemudian dia seakan menggunakan helah seperti silap mata kononnya dia bagi balik duit kita dengan jumlah yang betul. Silap adik saya tak kira balik, yelah sebabnya orang tu dah kira depan kita.

Bagaimanapun pihak kami, Siakap Keli, tidak dapat mendedahkan identiti lelaki berkenaan kerana perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis terlebih dahulu. Namun, diharap semua juruwang dan sesiapa yang menjaga kaunter wang lebih berhati-hati lebih-lebih lagi sekiranya ada individu ingin menukarkan wang dalam jumlah yang besar. Jangan terlepas pandang, kira wang anda dahulu. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli