Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Tingkatan Lima Cedera Selepas Jatuh Dari Bagunan Asrama Jam 3 Pagi


GEMENCHEH: Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah berasrama di daerah ini dilaporkan cedera selepas jatuh dari tingkat satu bangunan asrama sekolah awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, M Danapala berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.24 pagi dimana seorang pelajar berusia 17 tahun berkenaan terselamat apabila terjatuh ke atas bumbung zink garaj yang digunakan sebagai tempat menyidai pakaian.

"Ketika tiba, kita dapati pelajar itu yang terbaring di atas bumbung berkenaan tidak sedarkan diri dan pemeriksaan awal mendapati dia tidak cedera serius. 

"Pasukan bomba kemudian menurunkannya menggunakan alat pengusung dan menghantarnya ke Klinik Kesihatan Gemas sebelum dirujuk ke Hospital Tampin," katanya di sini, hari ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli