Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis ini Harumkan Nama Negara Apabila Mendapat Tempat Ke-3 Dunia Dalam Peperiksaan ACCA


Siapa sangka, di sebalik senyum manis gadis bertudung hijau ini, dia sebenarnya pemegang tempat ketiga dunia dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dalam kertas F5 (Performance Management) untuk Disember tahun lepas.

Kejayaan mengujakan Fathin itu mula mendapat perhatian apabila screenshot ringkasan kejayaan beliau diviralkan di media sosial.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, turut mengucapkan tahniah kepada Fathin Nur Amirrah menerusi laman Facebooknya petang tadi.

"Syabas adik Fathin Nur Amirrah, anak Bagan Datuk berjaya dengan cemerlang peperiksaan ACCA, kertas peperiksaan F5 (Performance Management). Selamat maju jaya. #Negaraku." tulis Zahid.

Mengikut Zahid lagi, Fathin berasal dari Bagan Datuk, Perak.


Sementara itu, seorang pengguna di Twitter - yang memviralkan ringkasan kejayaan Fathin - berkata gadis itu berjaya mencapai markah sebanyak 96% untuk berada di tempat ketiga dalam kedudukan global.

Ya, bukan 80% atau 85%, tapi 96%!



Memang gempak! Tahniah diucapkan untuk Fathin. Tak lupa juga kepada ibu bapa yang berjaya membentuk anak gadis mereka sehingga mencapai kejayaan ini.

Sebagai sedikit info mengenai ACCA:

Association of Chartered Certified Accountant(ACCA) adalah sebuah badan perakaunan professional global yang beribu pejabat di London.

Dengan motto "The global body for professional accountants", ACCA berfungsi sebagai platform yang memberi latihan kepada pelajar perakaunan dan menawarkan sijil kelayakan atau gelaran Akauntan Bertauliah atau Chartered Acountant.

Setakat hari ini, ACCA diiktiraf oleh 178 buah negara termasuk Malaysia. ACCA telah mempunyai 188,000 ahli dan 480,000 penuntut di seluruh dunia.

Pemegang gelaran Chartered Accountant ini adalah sangat tinggi permintaan dan dipandang tinggi oleh kebanyakan syarikat di seluruh dunia serta diberi keutamaan untuk mendapatkan pekerjaan atau jawatan sebagai pengurus kewangan di dalam sesebuah syarikat.

Sumber: FB Zahid Hamidi, Twitter, FirdausjoWikipedia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli