Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pak Nil Sah Ganti Najip Ali Sebagai Juri Tetap Maharaja Lawak Mega

Kredit foto: Astro Gempak

Nampaknya segala persoalan siapa yang bakal menggantikan kerusi kosong juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017)yang ditinggalkan Najip Ali akhir terjawab.

Pihak astro melalui laman facebook Astro Gempak telah mengesahkan pengacara No.1 negara, Datuk Aznil Nawawi telah disahkan dipilih secara rasmi bagi menggalas tugas berat tersebut mulai Jumaat (malam ini).

“Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan Maharaja Lawak Mega untuk peminat, tenaga produksi telah mengambil keputusan untuk menggantikan Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap di dalam program ini,” kata pihak Astro.

Dilihat di laman sosial ternyata ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini kerana kata netizen komen yang diberikan oleh Najip Ali selalunya adalah nasihat yang membina.

Keputusan mnggugurkan Najip Ali itu berpunca selepas dia didakwa telah mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan disiarkan di Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura itu.

Kesemua peserta telah diarahkan untuk melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu ‘Najib slams__________for threatening Malaysia’s progress.’

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’, tindakan ini telah mendapat perhatian pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di mana mereka menggesa pihak perkenaan meminta maaf.

Bagaimanapun pihak Mediacorp dan Najip Ali telah pun membuat permohonan maaf berkaitan itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Bukti melayu singapork yg berjaya di tarbiah utk screw melayu. Najib ali ni klu nk citer kisah dia cam bukan dari perangai org kita. Berambus ko lg bagus la siaalll!!!..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli