Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Bayar Habis Pinjaman PTPTN Guna Akaun 2 KWSP, Tapi Skrol & Transkrip Hilang, Lelaki Ini Kongsi Cara Yang Anda Boleh Lakukan

No Comment

Jila sebelum ini, banyak yang kongsikan akan akaun KWSP boleh digunakan untuk pembayaran seperti rumah, atau pelaburan.

BACA: Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Hartanah & Pelaburan, Bagaimana Kiraannya, Pemuda Ini Kongsikan Caranya

Seperti yang sedia maklum juga, akaun 2 KWSP boleh juga digunakan untuk membayar pinjaman PTPTN.

Tapi, bagaimanakah caranya? Menerusi perkongsian dari saudara Syafil Syazwan Jefri, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan, dan saudara afil telah kongsikan langkah-langkah yang harus kita lakukan.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan Akaun Kedua KWSP

Ada beberapa kawan-kawan yang mesej dan bertanya mengenai proses untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN menggunakan akaun kedua KWSP. Aku share caranya yang senang sebenarnya, semudah ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ. HAHAHAHA!

STEP 1

- Daftar akaun i-Akaun KWSP, dan pendaftaran boleh dibuat menerusi mesin kiosk.

- Kau pergi ke mana-mana cawangan PTPTN berhampiran. Untuk aku, paling dekat di Seksyen 14, Shah Alam sebab dekat dengan rumah. 

- Di situ, kau ambil nombor giliran, ke kaunter dan beritahu pegawai bertugas yang kau nak bayar pinjaman PTPTN menggunakan akaun kedua KWSP, dan maklumkan mengenai i-Akaun yang kau sudah daftarkan.

- Di situ, dia akan tanya sama ada nak bayar tunggakan sahaja, separuh, atau bayar penuh. Dia boleh tolong check jumlah simpanan akaun kedua KWSP kau, sama ada cukup atau tak kalau nak bayar penuh.

- Untuk aku, akaun kedua cukup untuk bayaran penuh, so aku decide untuk bayar penuh.

- Setiap bayaran balik itu contohnya bayaran penuh secara sekaligus, akan dapat diskaun sebanyak 15% kalau tak salah dan bayaran separuh akan dapat diskaun 10%.

-
Dalam masa tiga hari bekerja, kau akan dapat SMS/emel daripada pihak KWSP untuk hadir ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran dan sahkan cap jari.

STEP 2

- Tak sampai tiga hari bekerja, keesokan harinya, aku dah dapat SMS/emel daripada KWSP untuk hadir sahkan cap jari. 

- Dia beri masa selama 14 hari bekerja untuk kita hadir membuat pengesahan cap jari.

STEP 3

- Pastikan kau hadir ke cawangan KWSP bersama skrol asal yang kau dapat sewaktu konvokesyen. Kalau pinjaman PTPTN kau adalah untuk diploma dan degree, bawa kedua-duanya sekali. 

- Di situ, kau akan diminta untuk sahkan cap jari dan kemudian, boleh balik dan sambung tidur.

- Dalam tempoh 14 hari bekerja, kau akan dapat SMS/emel mengatakan bahawa bayaran sudah selesai. 

- Berdasarkan pengalaman aku, pagi tadi adalah hari ke-10 dan dah dapat emel mengatakan pembayaran sudah selesai.


KALAU SKROL DAN TRANSKRIP KAU HILANG MACAM AKU, TERUSKAN MEMBACA

1. Untuk pelajar UiTM, boleh terus ke Menara SAAS UiTM Shah Alam untuk dapatkan borang, untuk cetak semula skrol.

2. Kau isi borang tersebut yang berwarna pink, kemudian bila dah lengkap, perlu dapatkan cop daripada pesuruhjaya sumpah.

3. Kalau untuk yang berada di Shah Alam macam aku, aku ke Kompleks PKNS Shah Alam.

4. Bayaran untuk dapatkan cop cuma RM4.

5. Kemudian, kembali semula ke Menara SAAS dan terus ke bendahari untuk buat pembayaran.

6. Kalau yang tak ingat, kaunter pembayaran itu adalah kaunter yang kita bayar kalau kad matrik hilang dulu.

7. Untuk satu skrol, harganya RM100, transkrip pula RM10.

8. Bila dah selesai, bawa resit ke pejabat urusan konvokesyen dan alumni dan serahkan.

9. Kau akan dapat skrol kau dalam tempoh lima hari bekerja.

10. Nak senang, kau call Puan Asmah di talian 03 5544 3126 untuk semak sama ada skrol kau sudah siap atau belum sebab pihak UiTM pun kena tunggu cetakan daripada tempat lain juga sebenarnya.

Harapnya, info ini dapat bantu kau yang nak buat bayaran balik guna KWSP tapi tak tahu bagaimana.

Jadi jika anda mempunyai jumlah yanh mencukupi di akaun 2 KWSP untuk langsaikan hutang PTPTN, apa tinggu lagi, lebih baik bayar terus, dari nama disenarai hitam.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli