Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Misteri Kehilangan Dua Sahabat Karib Ketika Berkunjung Ke Jakarta Terjawab


Misteri kehilangan dua sahabat karib yang berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lepas akhirnya terjawab selepas mereka kedua-duanya dikesan berada dalam lokap polis di bandaraya berkenaan, lapor Bernama.

Mereka yang berasal dari Selangor dipercayai telah ditahan oleh pihak polis negara berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.  

Menurut laporan, mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada 30 Mac setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.  

Menurut seorang ahli perniagaan Malaysia yang berada di sana yang cuba membantu mereka, Datuk Dr Fauzi Mohamad, dia kini cuba memberi bantuan untuk melantik peguam bagi membantu kedua-dua rakyat Malaysia itu.  

"Saya dimaklumkan bahawa mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya," kata beliau.

Fauzi berkata beliau dan isteri Datin Zaitun Evitania telah beberapa kali berkunjung ke balai polis Seksyen Lapangan Terbang untuk bertemu dengan kedua-dua pemuda itu.  

"Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap polis," katanya lagi.  

Mohamad Shafa dan Kamarol Arifin masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang dilaporkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari KLIA2.  

Kedua-dua mereka dilaporkan hilang sejak 30 mac lalu apabila sampai di sana untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo di sini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli