Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mengalami ‘Sunburn’ Akibat Terdedah Terlalu Lama Dengan Sinaran Matahari, Doktor Ini Kongsi Tips Bagaimana Untuk Merawatnya

No Comment
Foto: Huffingtonpost

Bila keadaan cuaca cerah, atau pun panas, sudah pasti ramai yang ambil kesempatan untuk keluar berjalan, atau beriadah, sama ada pergi berkelah, atau pun bersantai di pantai, sambil bermain pasir.

Ia mungkin aktiviti yang baik untuk dilakukan, mana tidaknya, kalau dah tiba musim tengkujuh nanti, memang duduk rumah sahajalah nanti.

Tapi, dengan keadaan cuaca yang panas, dan melakukan aktiviti di luar, kita akan terdedah dengan sinaran matahari, dan secara tidak langsung akan menyebabkan ‘sunburn’. Bila dah kena ‘sunburn’ ni, boleh nampaklah perbezaannya, berbelang saja.

Bukan sewaktu bercuti sahaja, tapi yang bekerja bawah terik mentari pun sama, sudah pasti juga mengalami situasi ‘sunburn’.

Menerusi perkongsian dari seorang doktor, di laman twitter, @hafsah_sazali, Dr Hafsah telah berkongsi apa yang boleh kita lakukan jika mengalami ‘sunburn’.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: wikihow

Alirkan pada air sejuk, tetapi jangan tekapkan terus ais kepada bahagian yang terjejas, ais perlu dilapikkan dengan kain. Sapukan juga ubat tahan sakit.


Lihat adakah kulit menggelupas atau tidak. Pastikan ianya tidak terdedah kepada matahari.


Minum air yang secukupnya, untuk elak dari ‘dehydration'.


Sekiranya berlarutan atau 'sunburn' terlalu teruk, sebaiknya berjumpa dengan doktor.


Ambil ubat tahan sakit yang bersesuaian, dan dapatkan khidmat doktor, atau elakkan ambil ubat tahan sakit NSAID jika ada masalah lain.


Namun, sebaiknya pakailah ‘sunblock’ jika anda akan terdedah dengan sinaran matahari dalam jangka masa yang lama. Guna ‘sunblock’ SPF 30+ atau SPF 50+ juga sudah memadai, kerana fungsinya masih sama.


Sumber: Twitter @hafsah_sazali

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli