Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Makan Gaji Bukan Alasan Untuk Tidak Punya Kewangan Yang Baik, Mula Rancang Satu Persatu, Ia Mungkin Boleh Membantu

No Comment
Foto: nyulypgriot

Dalam merancang kewangan ia bukanlah satu tuga yang mudah, kerana dengan terlalu banyak yang perlu dibayar, jadi sedikit sebanyak menyukarkan proses untuk merancang kewangan.

Mungkin ramai yang berpendapat, jika ingin mendapat kewangan yang stabil, lebih baik memulakan perniagaan, dengan itu kita mungkin dapat membuat simpanan sedikit.

Namun begitu, tidak semua mampu untuk memulakan perniagaan, dan bagi mereka yang makan gaji khususnya, Puan Marlia Ramli, telah kongsikan beberapa cara yang kita boleh rancang, supaya kewangan lebih baik di masa hadapan.

Mari kita baca perkongsian darinya.

Foto: xinhuafinancemedia

SATU PERSATU TAU…

Akak adalah rakyat jelata yang makan gaji seperti anda. Seperti anda, akak terbiasa dengar bahawa makan gaji ini tak akan kaya dan bersara selesa. Akak tak punya perniagaan. Akak hidup sejak graduate hingga sekarang hanya makan gaji.

Benarkah makan gaji tidak akan mampu bersara selesa? Benarkah hanya perniagaan semata mampu menjana kaya?
Mungkin ya dan mungkin tidak. Namun, akak pula bukanlah yang jenis suka berbahas. Dalam mencari ilmu, kita cuma mahu kawan dan bukan seteru.

Kewangan dan pelaburan dari setiap perspective adalah berbeza. Belajarlah atur kewangan dulu, fahami sepak terajang untung rugi barulah mula melabur. Dan akak fikir jangan terus berlari, belajarlah berjalan dahulu, rasa sakitnya jatuh barulah mula pecut.

Akak terbiasa memulakan aturan sejak gaji pertama di usia sekolah rendah. Ketika akak bekerja dengan abah, akak mula menabung di dalam tin Milo. Selalu mengira wang gaji sejak kecil dan sangat suka melihat formula digit dalam nilai bertambah. Dan hinggalah sekarang di usia 35 tahun, minat akak terhadap nombor dan angka berkembang mengikut usia. Akak sangat sukakan ilmu kewangan kerana keluasan magnitude pembelajarannya.

Foto: jatik

Oh ya, akak tiada kuasa ajaib. Cara akak mengurus kewangan adalah:

 mengutamakan dana kecemasan
 meningkatkan pendapatan melalui pertambahan skill di pejabat
 menyelesaikan hutang jahat
 menjual asset yang merugikan
 merekod dan menilai struktur kewangan
 memotong perbelanjaan tidak perlu
 manipulasikan simpanan agar berkembang
 mendapatkan takaful sebagai perlindungan
 melakukan sedikit pelaburan

Dan hanya perkara di atas yang akak tahu. Akak berpegang kepada wang akan jadi ikan perkasam jika disimpan. Secara puratanya kadar inflasi di Malaysia adalah 2%. Bagi akak, simpanan tunai yang melebihi kadar dana kecemasan yang diperlukan adalah merugikan.

Oh ya, berapa kadar dana kecemasan? Akak berpegang kepada minimum 3 bulan dan maksimum 12 bulan. Selebihnya laburkan saja.

Semakin lama kita menyimpan duit, semakin rendah peluang untuk membuat pelaburan. Kebanyakan pelabur akan melabur berbanding menyimpan. Ini kerana simpanan merugikan dan pelaburan mengembangkan wang.

Lagi satu, jangan taksub dengan satu cabang pelaburan. Akak terbaca pesanan Warren Buffet, jika ingin menguji kedalaman sungai, letakkan sebelah kaki dahulu. Jangan hentam terus letak kedua-dua kaki pula! Kita tidak mahu cepat segala benda.

Namun duhai sahabat mulia. Bukan semua individu sesuai memulakan pelaburan. 

Foto: yourstory

Kerana konsep pelaburan di mata akak adalah :

 Pelaburan hanyalah boleh dilakukan selepas punya dana kecemasan
 Pelaburan adalah lebihan wang bukan daripada hutang yang membelit
 Jika tiada ilmu, jangan melabur. Itu saja.

Tentulah kita maklum, skim cepat kaya semakin berleluasa. Maka, nasihat akak segeralah berguru dan carilah ilmu. Tanpa dana kecemasan, belajarlah kewangan. Dah pandai urus kewangan barulah mulakan pelaburan. Tapi jangan sesekali melabur tanpa ilmu.

Dan jangan mudah percayakan sesiapa bila melibatkan kewangan. Hatta kawan, ketua kampung juga sanak saudara. Emosi dalam keputusan pelaburan adalah dosa yang besar. Percayalah kelesapan wang pelaburan akan meninggalkan trauma dan emosi yang berpanjangan. Percayalah sahabat… Percayalah...

Tak kisah dalam kewangan atau pelaburan, berbaliklah kepada asas utama. Ilmu dan modal. Jaga kewangan barulah mula pelaburan. SATU PERSATU TAU…

Ehhh lagi satu, kawan akak mencabar akak buat gurindam 14 kerat berkaitan kewangan. Ni akak gagah buatkan walaupun tak berapa nak jadi:

Bila hati telah dijajah
Jiwa penuh gelisah
Minda semakin parah
Poket mula menggagah
Hati menjadi gundah
Hutang menjadi parah
Makan pun jadi payah
Hati rasa berpecah
Hidup mulalah punah
Keliru tak sudah-sudah
Kecewa mula mencurah
Keluarga berpecah belah
Semangat mula menyerah
Menangis hingga ke cerah

Notakaki: akak sangat sukakan Bahasa Melayu klasik. Anda bagaimana? Salam Sayang

- Siakap Keli

BACA: Tidak Punya Alasan Walau Bergaji Kecil, Cara Ini Boleh Dilakukan Untuk Menjana Pendapatan, Punyai Simpanan & Miliki Rumah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli