Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Serahkan Wang RM62,000 Yang Dijumpainya Untuk Tunjukkan Contoh Yang Baik Untuk Anak-Anak

Foto hiasan.

Ohio - Seorang lelaki berkata dia memulangkan semua wang sebanyak $14,000 (RM62,000) yang ditemuinya bagi menunjukkn contoh yang baik untuk anak.

Menurut AP, Jake Bowers menemui wang itu pada 8 April di sebatang jalan ketika sedang memandu bersama keluarga ke taman.

Jake berkata, pada mulanya dia terlihat beg di tepi jalan dan menyangka mungkin ada laptop seseorang di dalamnya. Bagaima pun, dia terkejut apabila beg itu sebenarnya dipenuhi dengan not $100.

Jake mengambil beg itu dan membawa ke balai polis berdekatan sebelum diserahkan kepada pemilik asal.

Menurut laporan polis, pemilik wang itu membawa wang terbabit ke sebuah kedai menjual kereta namun tidak jadi untuk membeli. Dia memberitahu polis bahawa dia mungkin tertinggal di atas kereta sebelum memandu pergi.

Sumber: NY Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli