Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki ini Perlukan 100,000 Retweet Untuk Keluar Makan Malam Dengan Elfira Loy



Pernah dengar tentang seorang lelaki yang memerlukan 18 juta retweet untuk mendapatkan bekalan nugget percuma dari Wendy selama setahun? Setakat ini beliau sudah mengumpul lebih dari 3 juta retweet dan masih jauh dari target yang perlu dicapainya.


Di Malaysia pula, seorang pengguna Twitter, Hafizuddin Haziem, memerlukan 100,000 retweet untuk makan malam bersama selebiriti tempatan Elfira Loy.

Semuanya bermula apabila Hafizuddin bertanya kepada Elfira: "Berapa retweet untuk makan malam bersama awak @elfira_loy?."

Tanpa disangka, Elfira membalas dengan selamba: "100K, deal".


Mungkin 100k retweet adalah jumlah yang banyak, tetapi Hafizuddin telah berjaya mengumpul 26,000 retweet dalam masa 10 jam sahaja. Sudah lebih suku dari jumlah yang diperlukan.

Nak tengok makan malam ni jadi kenyataan? Sesiapa yang ada Twitter tu boleh lah retweet tweet dibawah ni:



Dah cukup nanti, diharap cik Elfira boleh menunaikan janjinya. Dan mana lah tahu ada jodoh kan?

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli