Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ditahan Bersama 10,000 Helai Pakaian Dalam Curi, Mengaku Gunakannya Untuk Dodoi Tidur



Polis di Jiujiang terkejut apabila menemui koleksi baju dalam perempuan yang dicuri oleh seorang lelaki dan disimpan di dalam satu bilik dorm kecil.

Dianggarkan 10,000 pakaian dalam telah dirampas dan suspek juga telah ditahan.

Kegiatan suspek didedahkan oleh salah seorang mangsanya yang terperasan terdapat sepasang pakaian dalamnya yang hilang tergantung di sebuah balkoni berdekatan dorminitori kilang itu.

Polis kemudian mengepung bilik lelaki itu dan terkejut apabila mendapati ia tidak mempunyai perabut dan barang elektronik, tetapi hanya dipenuhi pakaian dalam.

Di dalam bilik itu, terdapat 10 bag yang dipenuhi dengan pakaian dalam serta kotak-kotak dan kabinet yang turut digunakan untuk hobi peliknya itu.

Jiangnan City News melaporkan bahawa suspek, 40, yang hanya dikenali sebagai Xing, telah bercerai selama beberapa tahun.

Supek juga mengaku dia telah mencuri kesemua pakaian dalam itu dalam masa 10 tahun. Dia juga mengaku sudah menggemari pakaian dalam perempuan sejak dia kecil lagi.

Menceritakan kegiatannya, dia berkata dia akan mengambil sejumlah pakaian dalam untuk membuainya sehingga tertidur.

Kerana tabiat ini, dia kerap kali membasuh pakaian-pakaian itu.




Sumber: Shanghaiist.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli