Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Langkah-Langkah Mudah Untuk Hasilkan Bekas Pemanggang Ayam Pasu @ BBQ Yang Gempak Ini


Mungkin kita pernah terbaca akan kisah ayam pasu yang menjadi bualan ramai pada bulan Ramadan lalu, kini bulan Ramadan sudah tidak lama lagi akan menjelma.

Jadi, kepada mereka yang hendak berniaga ayam panggang pasu atau sekadar hendak dijadikan tempat BBQ di rumah, admin kongsikan bagaimana untuk hasilkan oven, pasu BBQ atau pasu telangkup DIY seperti yang dikongsikan oleh Puan ini. Jom kita baca.


Pasu Telangkup DIY

Bahan-bahan :-


  • 1 Pasu Besar
  • 1 Pasu Kecik
  • 5 Handle pintu
  • 1 pcs Paku
  • 1 Tray Besi (Pinggan Besi)
  • 1 Jaring Panggang (Besar)
  • 1 Jaring Panggang (Kecik)
  • 10 Screw Panjang (2 or 3 inci)
  • 10 Nut
  • 20 Skru Washer
  • Drill & Mata Drill
  • Marker pen



Cara-cara :-


1)Cari pasu yang saiz kedua2nya sama besar. Check disetiap permukaan pasu sebelum tebuk. Takut retak & pecah.

Bila dah yakin, tandakan lubang yang akan di tebuk menggunakan marker. Tips tebuk di permukaan licin ialah ambil paku kecik & ketuk sikit pada tanda yang hendak di lubang tu. Dah ada tanda, baru tebuk pakai drill. Gunakan mata drill yang lebih kecil dahulu..lepas tu baru besarkan dengan mata drill yang besar.


2)Tebuk 2 lubang bagi 1 handle di sekeliling pasu. Dikeliling pasu tu mesti ada 4 handle pintu.
Jadi anda perlu tebuk dalam keadaan selari. Iya bertujuan supaya kita boleh angkat pasu itu dengan
mudah sama ada tengah memasak atau ketika mengemas nanti. (Pasu masih dalam keadaan panas)



3)Bila dah tebuk, pasang skru pada handle bersama-sama washer dan nut. ikat ketat2. Pastikan skru
tersebut panjang supaya boleh menampung berat jaring panggang (besar) dari jatuh ke bara api di
bawah. Pastikan juga kedudukan skru handle tu semua sama tinggi. Barulah jaring Panggang tu tak senget.

Nak lagi selamat pakai timbang air OK. heee


4)Ambil pasu kecik dan tebuk di tengah2 bahagian bawah untuk proses pemasangan handle diatas. Lepas tu pasang skru, washer & nut seperti step yang sebelum ni.



5)Ambil jaring panggang (kecik) letak di dalam pasu besar. Tengok keadaan ruang di bawah jari panggang (kecik) tersebut. Tebuk 4 lubang udara di bawah kedudukan jaring panggang (kecik) supaya oksigen masukkan ketika pembakaran dalam keadaan pasu ditutup.




6)Ambil tray besi dan lubang2kan ikut kesukaan anda & letak diatas jaring panggang (kecik).
Tray ini bertujuan supaya bila kita letak arang iya tidak terjatuh ke dasar pasu besar.


7)Siap. Kalau rajin hias er cantik2 pasu tu ok. Panggang ayam dalam 45minit - 1jam. Jangan risau
walaupun sejam panggang, ayam masih lagi berjus janji anda PANGGANG PAKAI BARA ARANG, BUKAN PAKAI API. HAHAHA

Note :

- Pilih pasu tebal supaya kekal bahang panas & tak mudah retak.
- Bakar 40% arang, 60% ranting kayu (rasa panggang lebih terangkat).
- Padam api yang menyala sebelum proses pemanggangan. Panggang guna "BARA ARANG SAHAJA".
- Jaring Panggang ada jual di kedai DIY or hardware.
- Lagi besar pasu..lagi banyak boleh bakar. Tapi jangan besar sangat nanti susah nak angkat. heee
- Time bakar, nak angkat pasu kecik tu alas pakai kain sebab panas.
- Lubang sedia ada di pasu tak perlu tampal. (biar oksigen lebih baru arang senang hidup menyala)
- Boleh letak tape tahan panas di sekeliling bibir pasu supaya bahang bara arang tidak keluar diantara pasu besar & pasu kecik.
- Kalau nak cepat masak, tutup lubang pasu kecik dengan kayu or dll. biar bahang panas tak keluar dari atas.








Senang je kan? selamat mencuba. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli