Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Langkah-Langkah Bagaimana Untuk Semak Status Sah Pendaftaran Produk Kesihatan, Boleh Dibuat Melalui Laman Web NPRA & Menerusi Aplikasi Telefon Pintar

No Comment

Dengan lambakan produk di pasaran pada masa kini, sudah pasti kita perlu lebih berwaspada, dan peka terhadap setiap produk yang dikeluarkan. Ia sedikit sebanyak membantu kita untuk menjadi pengguna yang bijak.

Dalam pada itu juga, sekiranya kita pulang ke kampung, atau ingin membeli sesuatu produk, lebih baik sekiranya kita rujuk dahulu akan satu-satu produk tersebut melalui sumber yang sahih.

Menerusi perkongsian dari saudara Mohd Taufik Abdullah, tidaklah sukar untuk membuat semakan akan status sah pendaftaran produk kesihatan, lebih-lebih lagi kita sekarang ini sudah ada akses kepada internet, dan dengan telefon pintar setiap masa.

Mari kita lihat akan langkah-langkah bagaimana ingin semak akan status sesuatu produk itu.


Bagaimana cara anda boleh semak status sesuatu produk kesihatan

Alang-alang kita dapat cuti setiap hari Isnin untuk 3 minggu mendatang ni. Kalau balik kampung rumah mak ayah atau ziarah pakcik makcik tu meh lah buat 'spot check' pasal status sah pendaftaran produk kesihatan yang mereka makan setiap hari tu.

Nak semak di laman web pun boleh: NPRA

Ini adalah contoh, akan cara-cara macam mana untuk semak menerusi laman web.


1. Laman muka untuk semakan produk berdaftar.


2. Pilih option 'All Registered Product Other Than Cosmetics'


3. Pilih kategori carian yang dikehendaki. Untuk semakan melalui nombor pendaftaran produk (MAL No.), pilih option Product Registration No./Notification No.


4. Isikan nombor pendaftaran produk yang ingin disemak.


5. Sekiranya produk itu berdaftar dengan KKM, nombor MAL yang terlibat akan tertera di dalam ruangan hasil pencarian. Tekan nombor MAL di ruangan hasil pencarian untuk paparan yang lebih mendalam mengenai produk.


6. Paparan yang lebih mendalam mengenai produk akan mempamerkan maklumat berikut;

1. Product Information
2. Ingredients Information
3. Packaging Information.

Pastikan maklumat di bahagian ini sama dengan yang tertera pada label produk di tangan anda.


7. Selain No.Pendaftaran, semakan status pendaftaran sesuatu produk juga boleh dicari melalui nama produk. (e.g. Tongkat Ali)


8. Contoh hasil carian melalui nama produk 'Tongkat Ali'. Boleh cari produk yang diingini secara manual di dalam senarai yang terhasil.

Bagi telefon pintar pula, anda boleh memuat turun aplikasi menerusi 'link' di bawah.

Nak semak pakai aplikasi phone pun ada:

1. Iphone
2. Android

Ayuh cakna!

Diharap menerusi perkongsian ini dapat membantu anda untuk menyemak mana-mana produk yang ingin dibeli, atau yang telah digunakan, sama ada telah berdaftar atau tidak. - Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli