Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kulit Mukanya Pernah Rosak Akibat Produk Kosmetik, Wanita Ini Kongsi Tips Rawat Kulit Muka Guna Bahan Semulajadi Yang Ada Di Dapur


Pasti ramai antara wanita diluar sana yang pernah mengalama breakout atau kulit muka rosak terutamanya akibat produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit mereka.

Rata-rata akan pening memikir perkara ini, bagaimana hendak merawat kulit wajah mereka? adakah menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia lain pula?

Wanita ini telah berkongsikan tips bagaimana untuk merawat kulit muka yang rosak menggunakan bahan semula jadi yang ada di dapur selepas dia amalkan dan ternyata berjaya, bebas bahan kimi.


Tips Merawat Breakout Menggunakan Bahan Dapur

Assalamualaikum.

Tujuan aku confess adalah untuk membantu golongan yg pernah breakout ataupun sedang breakout akibat produk yang mengandungi bahan kimia.

Almaklumlah aku juga salah seorang mangsa produk tersebut. Masih segar diingatan dan rasanya itu mimpi ngeri aku. Sobsob. Tanpa berlengah aku nak share cara aku hadapi breakout from A to Z. Sekarang juga aku masih merawat kulit aku..

Tips 1 – Muka burn teruk

First sekali muka aku time breakout tiba2 burn teruk gila.. Time tu aku baru balik kem sama. Huhu. So aku guna aloevera + vitamin C by nlee ( boleh minum , kemam). Aku campur vit C tu kedlm aloevera utk menyejukkan kulit muka aku and utk pulihkan burn.


Tips 2 – Jerawat Naik Tanpa Henti

Okay lepas burn dah surut, muka aku dipenuhi oleh jerawat². Time ni mmg aku totally stop pakai that skincare.. Jerawat yg jenis belum masak then terus tinggal parut hitam. Pipi kiri kanan and dahi mmg penuh dgn jerawat sedemikian. Dlm situasi ni mmg aku direct jumpa pakar kulit. Doctor kasi ubat makan , pencuci muka and krim-krim. 3 kali aku repeat order.. Srs membantu. For those yg tgh breakout , u gais better pegi jumpa doctor.. Ubat² yg doct kasi tu so far byk kecutkan jerawat aku , kurangkan kesakitan kulit muka aku ( time breakout kulit muka nipis + gatal + pedih ).

Tips 3 – pemilihan skincare

After 5 month mcm gitu , muka beransur pulih. Bkn totally tapi so far makin better lah.. Bermula dari sini , aku dh start alert dgn skincare yg aku beli.. Mmg betul² organic skincare. . dalam 3 bulan mcm tu muka aku much better. . tinggai parut sikit2 jer.

Tips 4 – Cantik dengan bahan dapor

Lepas dah pulih, aku stop pakai skincare tu sbb mls order online tiap bulan. Haha. So aku mula lah google sana sini utk dptkan kulit yg cantik. Sini aku share apa yg aku amalkan hari2.

1. Cuci muka

Kurangkan memakai pencuci muka kerana pencuci muka kebanyakkan hanya akan menyebabkan kulit rosak dan berminyak. Pencuci muka oil control pula selalunya berfungsi utk sementara shj malah menggalakan mila menjadi lebih berminyak. Cara yg aku amalkan ialah :
Cuci dgn air bersih , jgn lap muka , biar kering sendiri . jenis penuci muka ikut jenis kulit korg lah . aku skrg dh tak guna pencuci muka.. Cuma guna air + hirisan limau purut .

2. Scrub

Scrub penting utk tanggalkan sel kulit mati tapi jgn amalkan terlalu kerap nanti kulit menipis. Scrub yg aku selalu buat guna bahan dapur ialah scrub kopi , Teh hijau dan beras. Boleh Google utk tahu lebih lanjut

3. Toner / moisturizer

Aku buat spray face mist sdn bhd. . serius senang.. Aku just guna air basuhan beras yg ketiga. Letak dlm botol and just spray anytime.. Boleh juga beli yg greantea , rosewater and so on.



4. Remove whitehead + blackhead

Guna yogurt natural + gula and sapu pada bahagian berkenaan. Aku takde sgt black and whitehead ni so jrg buat.

5. Oil control

Semua orang yang dah bekerjaya mesti ada masalah muka berminyak kan? Tak kisah lah kerja sektor apa sekalipun kan.. Aku bancuh tepung beras and pakai tiap mlm setengah jam before tidur. Time nk tidur tu bilas lah dulu kang terkejutt husband korang. Haha

6. Pudarkan parut

Kalau namanya jerawat mesti akan tinggal parut hitam kan? Nk hilangkan parut ni agak susah.. So boleh guna serbuk kulit kayu manis + bedak sejuk. Teknik ni boleh jgk apply pada jerawat yg baru naik. Confirm kecut. Tapi jgn buat terlalu kerap sbb kayu manis sifatnya panas . takut kulit korg sakit nanti. Lagi sng beli bio oil.

7. Kulit Glowing

Boleh guna tomato + gula.. Memang kulit akan nampak lebih bermaya and licin gitu

8. Eyebag

Boleh guna bontot sudu yg sejuk or uncang teh..

Disini nk selit sikit beberapa larangan


  1. jangan cuci muka secara berlebihan
  2. jangan gunakan kosmetik yang berlebihan
  3. jangan berjemur dibawah terik matahari
  4. jangan sentuh muka
  5. jangan picit jerawat

Itu sahaja sedikit sebanyak dari aku. Selalu org share guna produk Watson or farmasi. Aku share mana yg aku amal and berkesan pada kulit aku. Fyi kulit aku terlalu sensitif after breakout. Sampai skrg aku masih jaga2.. Doakan aku. Moga bermanfaat utk korg semua.

Assalamualaikum Wawa IIUM

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli