Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dakwa Kucing Mati Dibuang Dalam Tong Sampah, Pemilik Pet Shop Terlibat Tampil Jawab Dan Jelaskan Perkara Sebenar

No Comment

Sejak semalam menjadi viral di laman sosial Facebook kisah seorang wanita dan suaminya yang kecewa selepas kucing yang dihantar mereka ke sebuah kedai haiwan mati.

Mereka juga menyatakan tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak kedai di mana katanya pihak kedai haiwan berkenaan memberi jawapan dengan agak sombong dan tidak bertanggungjawab.

Kerana viral berkenaan, pemilik kedai telah tampil membuat penjelasan menjawab semua tuduhan berkenaan.

Jom kita baca.

Assalamualaikum,

Kami terima kucing puan pada lebih kurang jam 12 tengahari pada 9 April dan kucing puan mati pada jam 7.30 malam pada 10 April , hanya selepas 31jam 30 minit (1 suku hari BUKAN 3 hari spt diviralkan) dibawah jagaan kami. Semua makanan juga disediakan oleh pihak tuan/puan. Kami tidak bagi apa2 makanan pun dari pihak kami.

Kami akui kesilapan staf kami mendaftar masuk boarding kucing Puan walaupun katanya kucing tersebut kelihatan TIDAK AKTIF,malah puan juga tak bawa kad kesihatan kucing.Selalunya kami hanya mengambil kucing yang disertakan dengan kad rawatan sahaja. Kami akui ini kesilapan utama kami.

Dalam kekalutan puan “check-in” kucing tersebut, argue kata staf salah kira dan nak cepat, sehinggakan mungkin staf saya terlepas dengar bahawa puan ada maklumkan bahawa puan akan ke oversea. Sehingga hari ini staf saya tidak pasti sama ada puan ada maklumkan atau tidak.

Jika ada, saya yakin bahawa sudah tentu kami akan whatsapp puan dengan kadar segera, bukan SMS/Call seperti yang kami telah lakukakan.

Dalam perbualan kita ditelefon, tuan katakan kami angkuh, angkuh bagaimana tuan? kami hanya mampu minta maaf dengan kejadian luarjangka ini. Tuan salahkan kami seolah saya membunuh kucing tuan/puan, kami dianggap seperti beri racun pada kucing, tuan salahkan kami tak hubungi tuan/puan melalui whatsapp (sedangkan kami pun tak tau tuan pergi OVERSEA, di Thailand boleh guna whatsapp dll)..

Kami cuba bercakap sepatah tapi tuan bantah…akhirnya kami tawarkan kita jumpa bincang depan-depan jam 3.30 petang tadi, tuan bersetuju tapi tuan/puan tidak hadir. Tiba2 malam ni tuan/puan naik isu di facebook.

Petang sebelum kucing tuan/puan mati,pihak kami sendiri berusaha merawat kucing tuan/puan, kami bagi vitamin dan glukos, kami suapkan dia minum..kami bagtahu ini bukan sebab kami angkuh (bila kami cakap kami ambil inisiatif rawat kucing tuan, maka tuan kata kami angkuh..) Kami hanya cuba sampaikan bahawa kami sudah berusaha sebaik mungkin untuk membantu kucing puan.Andaikata kejadian ini berlaku disiang hari Insya-Allah awal2 lagi kami akan bawa kucing tuan/puan ke klinik Vet.

Video yg tuan/puan upkan disini pun staf kami yg rakam, kami yang berikan pd tuan/puan sebagai rujukan namun tuan gunakan sebagai modal viral.

Kami tak nak dituduh menipu kucing x mati cakap mati dll perkara yg tak diingini. Selepas kucing puan mati, kami BERPULUH-PULUH kali cuba hubungi puan, kami juga hantar beberapa SMS..Maaf, tentang puan di OVERSEA mmg staf saya tak ingat langsung.

Kami sampai rasakan bahawa adakah kami “TERKENA”, sebelum ini kami juga pernah terkena puan, kucing sakit hantar sini mati dan owner tak datang2 lagi, hantar kucing berbulan2 tinggal sini kemudian tak ambil dan macam2 lagi kerenah pelanggan…maaf kan kami dengan pengalaman dahulu menjadikan kami sedikit prejudis bila kami call berpuluh2 kali dari malam sehingga keesokkannya masih tak dijawab.

Berdasarkan pengalaman kami,kucing bukanlah haiwan yg boleh mati tiba2 dalam 1 hari puan, kena virus pun ambil masa dalam 1 minggu utk mati..kucing2 jalanan pun kami jagakan yang kemalangan/penderaan pun x mudah mati dalam masa 1 hari…

BACA: (Video) "Kucing Akak Yang Mati Tu Saya Dah Buang Dalam Tong Sampah," Jawapan Dari Pemilik 'Pet Shop' Buat Pemilik Kucing Tertekan

Keesokkan harinya dalam jam 4 petang saya mengambil keputusan untuk menguruskan bangkai kucing tersebut.Kami tak pasti sama ada kucing tuan/puan kena sawan, atau diracun atau apa sahaja penyakit, namun kami percaya kucing tuan/puan telah sakit sebelum dihantar ke sini.

Semasa tuan/puan datang untuk mengambil kucing (seminggu selepas itu), puan telah dimaklumkan oleh staf tentang kematian kucing.Puan sendiri bagitahu staf bahawa 2 hari sebelum Check-in, kucing tersebut ada tercekik sesuatu. Puan ada bawa jumpa Doktor? Apa kata doctor? Pada sebelah petang pula seorang pakcik datang bertanya tentang kucing tersebut, pakcik ambil nama staf saya, mengatakan akan bawa isu ini ketengah dan mengatakan bahawa kucing ini diracun oleh kami.

Keesokannya, puan telah whatsapp kedai dan minta no telefon majikan dan kita berbual ditelefon. Kita berpakat nak jumpa jam 3.30ptg td. Seterusnya ,tuan tamatkan panggilan ketika kita masih bercakap. Lalu majikan hantar SMS minta maaf kepada tuan/puan.

Staf kami yang checkin kucing tuan/puan juga ada menghantar SMS minta maaf.

Kami akur jika pihak tuan/puan menyalahkan pihak kami 100%…Kami juga redha jika puan ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap kami. Semoga kita sama2 tak teraniaya.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli