Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerusi Tidak Diletakkan Dilobi Hospital Adalah Bersebab, Doktor Pakar Ulas Isu Tidak Sediakan Kerusi Di Hospital Temerloh Kepada Pelawat

No Comment

Sejak beberapa ahri lalu menjadi viral di beberapa buah 'group' terutamanya di kawasan Pahang kisah seorang lelaki meluahkan rasa kecewa kerana pelawat yag ke Hospital Sulatan Ahamad Shah tidak disediakan kerusi kepada mereka.

Beliau telah memuatnaik gambar yang menunjukkan orang ramai terpaksa duduk atas lantai di kawasan lobi utama hospital berkenaan.

Terpanggil dengan tulisan itu, Dr Rafidah Abdullah yang merupakan doktor pakar di hospital berkenaan telah terpanggil untuk menjawab, menurut beliau kenapa kerusi tidak disediakan di lobi utama berkenaan adalah bersebab.

Orang-orang yang tidak sihat perlu dilawat, bukan melawat.

Sekarang ini ada gambar yang di viralkan isu tiada tempat duduk di lobi hospital. Saya bekerja di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Elok saya terangkan bagi paham. 

Untuk makluman, hospital kami ada 9 tingkat. Ada 4 lift terus ke lobi, 4 lift di bahagian tepi. Kami ada purata pesakit di wad dalam 450 orang sehari. Kami ada staf 400 orang satu syif. Itu tak masuk pelawat-pelawat lagi. 

Cuba bayangkan, kalau perlu keluar cepat seperti ada bom, kebakaran, semua akan di keluarkan mengikut lobi ini. Pesakit yg tak boleh jalan akan melalui lift tepi. Boleh bayangkan tak yang kalau ada kerusi di lobi ianya menjadi penghalang. 

Analogi Dato' Pengarah adalah: macam kita nak keluar masjid, ada pulak orang yang sembahyang di tangga. Mereka ini,nak suruh kami letak sejadah dibahagian luar tempat orang lalu lalang ke? 

Perlu diingatkan:

1. Jika anda, atau keluarga anda TIDAK SIHAT, JANGAN bawa melawat orang di hospital. Mereka ini lah golongan yang patut dilawat. Di RUMAH. Kecuali menjadi pesakit.

2. Hospital BUKAN tempat berkelah. Tahukah anda banyak risiko melawat hospital ? Jika seseorang itu tua, terlampau muda (budak-budak), atau mempunyai penyakit kronik / tak kuat, anda golongan yang boleh dapat penyakit berjangkit jika melawat orang sakit. 

Ya Allah, jauhi lah mana-mana hospital pun. Mohon janganlah bawa mereka 🙏🙏

Kalau terpaksa datang hospital, mohon balik secepat mungkin. Mana keluarga mereka? 

3. Tidak kah anda terfikir akan keselamatan jika berlaku kecemasan? Anda tidak kisah beribu-ribu orang yang sangkut, mungkin tak dapat diselamatkan?

4. Mohon patuhi masa melawat hospital. Kalau berkampung dalam wad, mungkin boleh kompromi rawatan yang diberikan. Tak termasuk akan bahaya dari aspek keselamatan; jika berlakunya kecemasan.

Tak sangka saya ramai masyarakat yang tahu komplen saja, menyuarakan pendapat terutama di sosial media tanpa langsung berfikir. Kenapa tidak tanya melalui saluran yang betul? Tahunya nak viral sahaja. 

Kami pengamal perubatan, 
takkan lah kami nak menyusahkan sesiapa. 

Beringatlah, kalau tak kuat atau tak sihat, JANGAN melawat orang lain di hospital.

Mereka inilah yang kita perlu lawat, DI RUMAH. 

Sekadar coretan & marilah kita sama-sama ingat mengingatkan.

Dr Rafidah Abdullah
Pakar,
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah
Temerloh, Pahang.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli