Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini] Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 3 Jam Tertinggal Dalam Van Yang Dinaiki Untuk ke Tadika

Foto: Harian Metro

Gombak: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meningga dunia selepas sembilan jam tertinggal di dalam van di Bandar Country Homes, Rawang, Gombak pada Jumaat lalu.

Harian Metro melaporkan, polis berkata adik Muhammad Iqram Danish menaiki van itu bersama tiga kanak-kanak lain ke Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang di sini kira-kira jam 8 pagi.

"Pemandu van berkenaan berusia 21 tahun dikatakan tidak menyedari kanak-kanak itu yang tidur masih berada di dalam van berkenaan dan hanya menyedari perkara itu kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika berkenaan.

"Ketika ditemui, kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh pemandu van berkenaan. Namun, ketika menerima rawatan, dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas," katanya.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu van itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Dikemaskini:

Menurut fakta kes terbaru, kanak-kanak terbabit hanya terperangkap di dalam van berkenaan selama tiga jam.

Doktor berkata adik Muhammad Iqram meninggal dunia akibat strok haba.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli