Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kami Sedia Untuk Berperang," Amaran Korea Utara Kepada Amerika

No Comment

Sejak beberapa hari lalu, Amerika Syarikat di bawah Donald Trump telah mengarahkan unit tempur tentera laut ke Semenanjung Korea dipercayai bertujuan mempamerkan kekuatan berdepan ancaman Korea Utara, lapor The Guardian.

Korea Utara dalam satu reaksi telah menyelar tindakan berkenaan dan mereka memberi amaran kepada Amerika yang mereka kini bersedia untuk berperang.

Menurut Ketua Unit penyerang Tentera Laut AS, Carl Vinson, mereka terpaksa membatalkan perjalanan ke Australia selepas mendapat arahan supaya pergi ke perairan semenanjung Korea berkenaan.

"Ia membuktikan bahawa tindakan melulu Amerika Syarikat untuk menawan Korea Utara sudah sampai ke tahap serius. 

"Korea Utara bersedia bertindak balas terhadap apa saja bentuk perang dilancarkan AS," kata jurucakap Kementerian Luar kepada KCNA.

BACA: Terkini: Kumpulan Penyerang Tentera Laut AS Digerakkan Ke Semenanjung Korea: Pegawai AS

Beberapa hari lalu, Trump baru sahaja mengerahkan satu serangan peluru berpandu terhadap Syria dan ia dilihat secara meluas sebagai satu amaran kepada Korea Utara.

Sejak semalam beberapa pegawai Amerika Syarikat memaklumkan Trump meminta nasihat pembantunya mengenai pilihan bagi usaha menundukkan Pyongyang.

Baru-baru ini, Trump mengancam untuk mengambil tindakan sebelah pihak terhadap Pyongyang, jika Beijing gagal membendung program senjata nuklear negara jirannya itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli