Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kami Akan Lumatkan Ibu Pejabat Kejahatan & Tanpa Belas Kasihan Binasakan Tentera AS" - Tentera Korea Utara



Korea Utara menaikkan lagi ancamannya terhadap Donald Trump hari ini selepas beberapa kenyataan yang mengatakan mereka mahu 'membinasakan' tentera Amerika Syarikat ketika kerisauan kedua-dua negara itu diambang perang.

Negara itu bersumpah untuk 'melumatkan' pangkalan AS dan ibu kota Korea Selatan, Seoul, jika mereka diugut oleh tentera AS - yang kini dalam keadaan bersedia di semenanjung Korea.

Negara itu berkata ia akan membinasakan tanpa belas kasihan kepada AS jika Washington menyerang. China pula turut memberi amaran bahawa kedua-dua negara itu boleh berperang bila-bila masa.

Retorik itu timbul selepas Korea Utara memberi amaran bahawa tweet dari Trump telah menyebabkan dunia berada diambang perang termo-nuklear.

Timbalan Menteri Pyongyang, Han Sol Ryol menuduh Trump membina tekanan bertubi-tubi dan memberi amaran: 'Kami akan berperang jika mereka memilihnya'.

Tambah Han Sol lagi, negara itu akan terus dengan program nuklear mereka dan akan melaksanakan ujian nuklear bila-bila masa pemimpin mereka rasakan perlu.

Tentera North Korea berkata ia akan melumatkan sehingga binasa Amerika Syarikat jika Washington memilih untuk menyerang. Kenyataan dari tentera negara itu berkata pangkalan tentera AS di Korea Selatan dan ibu pejabat kejahatan seperti Blue House (Rumah Putih versi Korea Selatan) akan dilumatkan dalam masa beberapa minit.

Dalam perkembangan terbaru, Air China telah memberhentikan penerbangan ke Pyongyang dan Jepun pula dikatakan sedang merancang untuk mengeluarkan 60,000 rakyatnya dari Korea Selatan.

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli