Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalau Lepas Makan Terus Timbang Berat Badan Memanglah Bacaannya Naik, Cuba Ikut Cara Ini, Barulah Dapat Bacaan Yang Tepat & Konsisten

No Comment

Biasalah kalau nak turunkan berat badan semestinya kita timbang berat badan dahulu, supaya selepas melakukan senaman, atau menjaga pemakanan, kita dapat tahu berapa banyak yang dapat diturunkan.

Tapi, selalunya, kalau kita nak timbang berat badan, mesti kita main naik sahaja atas penimbang itu, tidak kiralah selepas makan, dengan masih berpakaian, atau pun bila mana penimbang tersebut ada di atas lantai, juga karpet.

Kalau anda nak tahu, ke semua faktor-faktor di atas boleh memberi kesan terhadap penimbang, dan jangan terkejut kalau berat badan anda selalu berubah-ubah.

Mengapa boleh terjadi sebegitu? Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Khairul Hafidz Alkhair, terdapat panduan yang harus diikuti sekiranya ingin menimbang berat badan, supaya bacaan lebih tepat, bagaimana?

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Panduan Menimbang Berat Dengan Betul

Dalam nak turunkan berat badan ni, sudah pastilah hari yang paling menakutkan itu adalah hari nak timbang berat badan.

Saya dulu pun macam tu, malam sebelum nak timbang tu mulalah menggigil, tidur tak lena macam waktu mula bercinta dulu. Lepas timbang dia punya beban tu, rasa bebas betul hati, itu pun kalau turun berat lah. Kalau naik, dah boleh slow slow menangis tepi tiang sana..

Untuk yang baru mula nak turun berat badan, ada beberapa tips yang saya boleh berikan untuk menimbang berat badan dengan betul. Kena faham, berat badan kita akan berubah-berubah walaupun pada hari yang sama. Pagi lain, siang lain, malam pun boleh lain, bergantung makan minum kita, buang air, senaman dan sebagainya.

Di sini beberapa panduan untuk menimbang berat badan yang betul:

1. Beli penimbang yang baik

Buatlah pelaburan yang lebih sikit nak beli penimbang tu, jangan lah beli yang terlalu murah, takut yang tak ada kualiti ni kiraannya tak tepat, kang mengamuk pulak bila badan sekeping penimbang tunjuk berat 70kg.

Beli penimbang digital dan yang ada satu atau dua tempat perpuluhan, itu yang terbaik.
Saya tak cadangkan mana-mana brand, yang penting beli lah penimbang di tempat-tempat yang boleh dipercayai dan berkualiti.

2. Letak penimbang di tempat yang sama

Sebenarnya, penimbang tu boleh berubah-ubah mengikut di mana kita letakkan penimbang tu. Ada beza letak penimbang letak di atas karpet lembut dengan atas lantai, kalau tak percaya cuba buat di rumah.

Jadi, untuk dapatkan kiraan yang konsisten, kena letak di satu tempat sahaja. Jangan ubah-ubah, nanti kita tak dapat betul-betul dapat kiraan yang konsisten.

3. Waktu untuk menimbang

Pilih cuma satu waktu sahaja untuk menimbang. Kalau saya, saya akan timbang berat saya pada waktu pagi selepas bangun tidur. Waktu itu yang terbaik kerana paling mendekati "dry weight" kita, maknanya waktu itu kita baru bangun, masih belum makan minum, jadi itu lah waktu terbaik untuk kita tengok berat badan kita berapa.

4. Bila nak timbang?

Sebenarnya ini ikut masing-masing berapa hari sekali bak timbang, yang selalu diamalkan adalah timbang seminggu sekali.

Kalau saya dulu, saya timbang setiap hari, sebab dengan timbangan tu, saya boleh kaji balik pemakanan dan senaman saya, untuk badan saya, jika saya timbang hari ini, berat itu adalah apa yang saya makan dan senam untuk tiga hari sebelum. Setiap orang berbeza-beza mengikut metabolisme badan, boleh kaji sendiri badan kalian semua.

Dan setiap minggu hari jumaat, itu adalah waktu rasmi untuk saya catat berat badan saya. Hari lain cuma timbang, hari jumaat untuk dicatat.

5. Lebih minimal lebih baik

Setiap kali timbang, saya cuma pakai seluar kecik sahaja, sebab nanti berat pakaian pun akan dikira sekali. Sebab tu lah timbang berat dalam rumah sendiri, janganlah pergi rumah member nak timbang bukak habis pakaian, memang kena hambat balik rumah.

Untuk wanita pula samalah, yang penting lebih minimal untuk dapatkan berat badan kita sendiri, bukan dicampur dengan berat pakaian.

6. Catat!

Ini bagi saya antara yang terpenting, dokumen kan berat badan kamu, biar naik atau turun. Ini penting untuk kita lihat perkembangan berat kita dan untuk jadikan sebagai semangat buat diri sendiri.

Tak apa lah kalau naik, kurang-kurang kita menerima berat badan tu naik dan tahu ada ruang untuk kita perbaiki lagi, jangan putus asa, terus usaha lebih kuat.

Jadikan catatan tu menarik dengan membuat carta contohnya untuk melihat perkembangan berat badan kamu, baru lah rasa seronok nak turunkan berat!


Ini lah antara tips yang saya lakukan sewaktu turun berat dahulu, Alhmdulillah ianya menjadi pemangkin semangat dan saya berjaya buatkan proses turun berat saya menjadi satu proses yang menyeronokkan.

Tak payahlah nak cepat-cepat nak turun, turun slow slow, yang penting kita semakin biasa dengan kehidupan gaya hidup sihat itu, dan akhirnya menjadi sebahagian dari gaya hidup kita sehingga ke akhirnya.

Jangan paksa badan kita. Dulu kita perlu bertahun-tahun naikkan berat badan kita, tak akan lah nak turun berat nak paksa badan turun macam zaman dulu kala dalam sebulan?

- Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli