Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Kaki' Baling Batu Atas Kenderaan Di Lebuhraya Kena Cekup


Pihak polis semalam telah berjaya menahan empat remaja dipercayai membaling batu ke arah kenderaan di Kilometer 96.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Sungai Lalang ke Gurun dekat Sungai Petani, lapor Utusan Online.

Ketika ditahan, remaja-remaja berkenaan sedang bersembunyi di bawah jejantas di laluan berkenaan sebelum bertindak membaling batu ke arah kenderaan yang lalu di lebuh raya itu kira-kira jam lima petang.

Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, perlakuan remaja-remaja yang masing-masin berumur 14 tahun dan masih bersekolah itu disedari orang awam yang lalu di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada peronda lebuh raya.

“Maklumat diterima daripada orang awam yang memaklumkan kepada pihak peronda arah selatan ada kejadian membaling batu ke arah kenderaan.

“Mereka kemudian menahan di tempat kejadian empat suspek dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, “ katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli