Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rasai Pengalaman ‘Melompat Dari Macau Tower’ di Pavilion KL Minggu Ini

Niat dihati nak bawa keluarga melancong sana-sini, namun apa boleh buat kerana modal tipis, bajet ngam-ngam cukup bulan, maka niat suci murni itu haruslah dipadamkan dahulu.

Pernah rasa feeling-feeling melancong di Macau? Dan teringin sangat nak jejakkan kaki di Macau? Jatuh cinta dengan makanan dan kesenian Macau, juga teringin melihat monument bersejarah Macau?

Apa kata minggu ini bawa keluarga bercuti merasai dan alami suasana, melihat monumen-monumen terkenal dan warna-warni seperti menjejakkan kaki ke Macau di Pavilion Kuala Lumpur

Foto hiasan

Macao Government Tourism Office akan mengadakan acara yang dipanggil  “Experience Macau” (Alami Macau) dimana akan diadakan pameran Kebudayaan, Kesenian dan kepelbagaian Macau.

Alami Marathon Antarabangsa Macau ke 64 dan Macau Grand Prix dengan Simulator
Bagi mereka yang berkesempatan untuk mengunjungi Pavilion minggu ini, mereka akan berpeluang untuk merasai bagaimana rasanya berada di Marathon Antarabangsa Macau dan juga Macau Grand Prix, dimana ianya akan dipersembahkan dalam bentuk simulator.

Acara Macau Grand Prix dan Marathon Antarabangsa Macau akan disiarkan dalam bentuk Simulator. Foto hiasan.

Marathon Antarabangsa Macau

Cuba Sendiri Makanan Terbaik Macau Bertaraf Dunia

Pernah dengar tentang Pastéis de Nata atau Tart Portugis Macau? Bagi pengemar pastri, boleh lah mencuba sendiri keenakkan pastri yang terkenal di Macau itu. Selain dari itu, pengunjung juga akan berpeluang merasai dan mencuba sendiri pelbagai makanan terkenal Macau dan makanan bertaraf dunia yang lain di Food Corner yang disediakan.

Pastéis de Nata, pastri yang menjadi sebutan ramai bila berkunjung ke Macau

Pameran 25 Monumen Terkenal Macau

Bagi peminat sejarah, disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang 25 monumen lama, monument peninggalan Portugis, juga tentang kebudayaan ikonik, kesenian terbaik Macau, serta pengembaraan yang mengasyikkan.

Ruins of St. Paul’s di Macau.
Patung Arka Kum Iam di Macau

Patung Arka Goddess A-Ma di Macau

Lihat Pemandangan 360 darjah dari Menara Macau & Rasai Pengalaman Melompat Darinya

Apa yang lebih menarik tentang acara besar-besaran ini ialah, pengunjung berpeluang untuk alami sendiri pemandangan 360 darjah dan pengalaman melompat dari atas menara Macau dengan menggunakan alat Virtual Reality yang telah disediakan. Pengunjung juga boleh merasai virtual tour di tarikan pelancongan yang terkenal di Macau.

Lihat pandangan 360 darjah dari atas Menara Macau menggunakan Virtual Reality Headset


Tawaran Menarik untuk Travel ke Macau

Bagi mereka yang dahagakan pekej percutian menarik untuk merasai sendiri keindahan Macau. Tawaran hebat pakej perlancongan ke Macau ada disediakan oleh Airlink Travel & Tour Sdn Bhd, Prestige Vacation Network Sdn Bhd, MJT World Vacation dan juga Air Asia. Jadi anda boleh lah tengok-tengok harga dan mana tahu boleh booking terus.

Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang menarik yang tidak disenaraikan disini, dan memang tak rugi untuk datang dan bersantai bersama keluarga.

Acara : Experience Macao – Mega Tourism Promotion Event
Tempat : Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur
Tarikh : 12 - 16 April 2017
Masa : 10AM – 10PM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli