Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isteri Ni Setiap Perkataan Mereka Ada Maksud Apabila Berbual Dengan Kita, Suami Kena Pandai, Ambil Masa, Cuba Tafsir Apa Yang Diperkatakan Mereka

No Comment


Untuk memahami maksud yang tersirat di dalam kata-kata bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika ambil sambil lewa sahaja dengan kata-kata tersebut.

Situasi sebegini sering kali dihadapi oleh suami, bila mana isteri mula memberi ‘hint’ tetapi tidak diendahkan, atau disalah tafsir oleh suami. Ia Nampak seperti perka remeh, tapi, dengan sikap yang lebih terbuka oleh suami, ia sedikit sebanyak beri kepuasan buat isteri.

Menerusi perkongsian dari saudara Encik Matt ini, kata-kata isteri punya maksud yang tersendiri, jadi sebagai suami, harus bijak menilai, dan faham apa yang ingin disampaikan.

Mari kita ikuti coretan darinya.

GIF Lipstickalley

Berbual dengan abang saya selepas solat jumaat tadi. Saya ni banyak berbual tentang rumah tangga je. saya kata bang, isteri ni setiap perkataan mereka ada maksud apabila berbual dengan kita. Suami, kalau dengar isteri cakap begini cepat-cepat bersiap ya.

"Abang penat la hari ini satu hari buat kerja rumah. Alhamdulillah semuanya dah siap"

Jawab begini: "Sayang jom tadi otw balik kerja abang tengok ada promosi tudung saji kat giant, jom sayang , lepas beli tudung saji abang belanja sayang makan tempat yang saya suka tu, nak tak?"

Dengan pantas mereka bersiap. Percayalah. Abang saya senyum. Tudung saji pun ko boleh buat contoh ya.

Saya percaya bang, setiap kata-kata seorang isteri ada maksud yang tersendiri. Setiap keluhan mereka ada makna yang tersirat. Kita suami antara ambil peduli atau biarkan ucapan mereka dengan kekecewaan.

GIF knowlable

"ALHAMDULILLAH SEMUANYA SUDAH SIAP" 

Maksud yang sangat sukar untuk difahami tanpa penghayatan yang sungguh-sungguh. "SUDAH SIAP" membawa maksud Sudah bersedia untuk suami layan mereka, bawa jalan-jalan,shopping, riadah etc terutama dihujung minggu.

Kalau mereka cakap tudung sengetlah, ketatlah, benang tercabutlah, manik hilanglah, itu maknanya suami perlu bagi no TAC atau ajak pergi shopping beli tudung baru.

GIFSec

Lagi satu bang, kalau isteri tanya 

Hujung bulan ini free atau tidak, jangan terus bagi jawapan TIDAK

Ringankan jawapan kita. Abang rasa macam freelah, sayang nak ajak abang kemana-mana ke? kalau sayang punya pasal rasanya free insyaallah. Agak-agaklah apa reaksi isteri dengar jawapan begini ek?

Bang, kita suami berlemah lembutlah dengan isteri. Dengarlah dengan hati yang lapang setiap keluhan mereka. Ada perkara yang perlu kita perbaiki dan islah diri jika seorang isteri selalu STRESS. 

Kita ni kadang-kadang banyak masa untuk kawan-kawan dan hobi. Sedangkan isteri 100% serahkan diri, masa untuk kita. Kadang-kadang sanggup berhenti kerja demi memastikan urusan keluarga dengan baik. Kurang dah mereka fikir soal kawan-kawan mereka, hobi mereka. Bertahun-tahun sudah tidak jumpa kawan-kawan yang sama-sama susah senang semasa belajar.

Suami, apa salahnya tekan kehendak kita demi menunaikan kehendak isteri. Insyallah jika kita berlemah lembut dengan mereka, jiwa mereka mudah untuk dilentur.

#BahagiaMilikAllahMintalah.

-EncikMatt-

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli