Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Dan Anak Maut Dalam Sauna Apabila Terperangkap Selepas Pemegang Pintu Tercabut


Seorang ibu dan anak perempuannya ditemui maut di dalam sebuah sauna apabila pemegang pintu bilik tersebut tercabut menyebabkan mereka terperangkap di dalam bilik terbabit.

Wanita yang masing-masing berusia 65 dan 45 tahun itu terperangkap selama 90 minit.

Mereka telah cuba untuk memecahkan tingkap di pintu bagi melepaskan diri dari panas melampau itu, namun gagal.

Mayat mereka ditemui oleh pemilik sauna itu selepas mula mengesaki sesuatu apabila mereka terlalu lama di dalam bilik terbabit.

Jurucakap polis Czech Republic, Iva Kormosova berkata: 'Ibu dan anak perempuannya yang berusia 65 dan 45 itu sedang bersauna di rumah rakannya.

"Pemilik sauna itu berfikir mereka sudah berada di dalam terlalu lama menyebabkan dia pergi memeriksa sebelum melihat mereka terbaring di atas lantai." katanya.

Pasukan kecemasan dipanggil dan mangsa disahkan maut di tempat kejadian.




Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli