Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Bapa Boleh Cuba Membaca Bersama Anak, Ceritakan Kisah-Kisah Menarik, Sekalipun Anak Belum Boleh Bercakap, Dalam Menarik Minat Mereka Untuk Membaca

No Comment

Memberi pendedahan awal kepada anak-anak dengan bahan bacaan adalah baik, ianya secara tidak langsung dapat menarik minat mereka terhadap bahan bacaan, seperti buku.

Namun begitu, ibu bapa juga harus tahu, bila masanya yang sesuai untuk anak-anak didedahkan dengan buku, sesuai dengan perkembangan umur mereka.

Dalam pada itu juga, cara yang betul juga boleh menjadi faktor, anak-anak minat untuk membaca, dan menurut perkongsian dari Puan Wan Erni Suria, terdapat beberapa tips, atau langkah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa.

Mari kita tengok apakah tip tersebut.


Mengajak Anak Kecil Membaca

Salah satu tipsnya ialah;

Bacakan buku cerita/topik kegemaran

Sekali sudah kena minatnya, buku-buku akan menjadi teman sepanjang masa, walaupun belum pandai membaca. Ibaratnya; makan, tidur, buku.

Jika anak suka haiwan, dinosaur, bacalah buku dinosaur. Kaji tentang haiwan yang hidup di kawasan-kawasan tertentu, makanannya, habitatnya. Dalam masa yang sama belajar tentang alam dikaitkan juga dengan kekuasaan Tuhan. Lihat pula haiwan yang disebut di dalam Al-Quran. Pasti seronok.

Jika anak 'adventurer', suka mengetahui sejarah, dunia luar, baca siri buku 'The Day Crayons Came Home' serta 'Gulliver's Travels' karya James Riordan. Bacalah kisah-kisah dengan latar belakang tempat dan zaman berbeza. Amerika, Afrika, Australia. Boleh juga dibacakan siri NatGeo Kids.

Jika yang minat 'princess',beli buku 'fairy tales'. Eh, buku Fairy tales Islamik pun ada tau.
Contohnya: Cinderella, An Islamic Tales karya Fawzia Gilani's.

1. Bagaimana pula mahu tahu minat anak di bahagian mana?

Tunjukkan semua. Beri pendedahan awal kepada semua topik. Dari usia bayi dibacakan buku secara rutin. Sebelum tidur, contohnya. Perlahan-lahan akan nampak kecenderungan.

2. Adakah perlu beli kesemua buku? Banyak tu

Cara paling mudah, bawa sahaja ke Perpustakaan.

3. Adakah nanti terhad pengetahuan kepada suatu perkara sahaja?

Jika kena gayanya, tidak. Topik yang diminati anak ini dikaitkan pula dengan perkara-perkara lain. Minat bola sepak; kaitkan sejarah, bahasa, geografi dengan dunia bola.


Setelah anak, ada minatnya terhadap satu-satu bahan bacaan, sudah tiba masanya untuk menarik minat anak kepada buku seterusnya;

Buat buku sendiri dengan mencipta watak dan jalan cerita bersama anak.

a. Bermula usia anak 2 tahun, ajak mereka membuat buku menggunakan lipatan kertas. Menulis dan melukis perjalanan cerita pasti menjadi aktiviti menyeronokkan.

Berbual-bual dengannya, minta pendapat dan cadangan anak menjadikan dirinya rasa dihargai dan penting. Cipta kisah yang hampir dengan hidupnya.

Contohnya: Rutin bayi kucing setiap hari. Konon rutin anak kitalah kan, tukar watak jadi anak kucing, hehe.

b.
Apabila usia anak meningkat 4 hingga 6 tahun, beri kebebasan anak menulis dan membuat kisahnya sendiri.

Contohnya: Yusof (6 tahun) baru sahaja selesai membuat buku kisah Ibu Apatosaurus dan anak-anaknya melawan T-Rex. Mendebarkan Ibu dengar ceritanya. Mujur 'Happy ending'. Haha.

Ingat, di peringkat ini tidak perlu dibetulkan ejaan atau tulisannya. Raikan dahulu. Perlahan-lahan perbaiki kemudian. Kata tutor saya, "Doesn't matter the writing, doesn't matter the spelling. It will come later."

Hasil kerja ini ditampal di papan notis untuk memberi motivasi.

c. Usia 7 tahun ke atas sudah boleh menggunakan komputer dan cetak bukunya. Kisah pula semakin kreatif.

Pasti menarik. Perelokkan lagi untuk dierbitkan pula akan datang. Mana tahu kan, mudah-mudahan.


Bantu anak belajar membaca

Antara salah satu cara terbaik anda boleh membantu anak belajar dan belajar membaca pula, ialah dengan berkongsi buku dengan mereka. Ini sebabnya:

a. Mereka akan mengenal bunyi, rentak dan perkataan yang digunakan dari cara kita menulisnya. Ini berbeza dengan bagaimana kita bercakap. Jadi, mendengar cerita membantu anak-anak belajar membaca.

b. Mereka berfikir tentang perasaan watak-watak yang terdapat di dalam buku. Ini membantu mereka mengaitkan pula pengalaman kehidupan mereka bersama orang lain.

c. Mereka berfikir tentang idea-idea yang terdapat di dalam buku seterusnya membantu mereka memahami dunia luar.

d. Berkongsi buku dan mendengar pendapat anak-anak tentang buku menunjukkan keprihatinan anda kepada mereka. Anda mengambil berat tentang siapa mereka dan apa yang mereka fikirkan.

~Michael Rosen.

Beliau merupakan penulis buku kanak-kanak terkenal, antaranya 'We're Going on a Bear Hunt' yang turut dibuat dalam bentuk filem animasi pendek.

Membacalah bersama anak, ceritakan kisah-kisah. Sekalipun anak belum boleh bercakap. Walaupun masih bayi.

Ia merupakan saat indah bersama anda berdua yang tidak akan berulang kembali.

- Siakap Keli

BACA: Lebih Baik ‘Mengajak’ Dari ‘Menyuruh’ Dalam Melakukan Sesuatu Perkara Supaya Anak Ikhlas & Bukannya Kerana Takut Kepada Ibu Bapa





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli