Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Huawei Tambah Stok P10 & P10 Plus Selepas Telefon Dwi Kamera Itu Laku Terjual


Pada bulan lepas Huawei Malaysia telah memperkenalkan peranti flagship terbaru mereka iaitu Huawei P10 dan P10 Plus. Bagi mereka yang lebih mementingkan telefon pintar dengan kualiti kamera yang baik, Huawei P10 dan P10 Plus merupakan pilihan ideal untuk anda.

Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan seperti pisang goreng panas, Huawei  sudah mula menawarkan Huawei P10 Plus untuk pasaran tempatan bermula pada 8 April 2017 yang lalu.

Tapi jangan risau kerana Huawei berkata mereka telah menambah stok untuk telefon tersebut bagi memastikan dapat memenuhi pasaran di negara ini.

Huawei masih lagi meneruskan legasi mereka dengan kerjasama syarikat pembuat kamera terkemuka, Leica dalam menghasilkan lensa kamera yang premium untuk mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik berbanding peranti-peranti pesaing mereka.



Kamera yang dimiliki peranti Huawei P10 masih lagi dikekalkan dengan lensa Summarit-H f/2.2 seperti model P9 sebelum ini. Satu sensor mengambil gambar dalam format RGB penuh manakala satu lagi sensor dalam bentuk monokrom

Gambar pada waktu siang. Huawei P10 beraksi cemerlang dengan mempamerkan hasil gambar yang tajam
Kedua-dua sensor ini masing-masing memiliki pixel bersaiz 1.25µm dengan keupayaan low-light yang tinggi, sistem fokus yang pantas dan warna gamut yang lebih luas bersama sokongan penstabilan imej.

Contoh gambar yang diambil pada waktu malam. Walaupun terdapat sedikit noise di bahagian belakang namun lensa f/2.2 sudah mencukupi untuk menghasilkan gambar low-light yang jelas pada waktu malam.

Hasil gambar dengan kesan bokeh. Memberikan imej yang berada di hadapan timbul dan blur di bahagian belakang menghasilkan gambar portrait yang menakjubkan.

Kemunculan satu lagi flagship Huawei P10 Plus pula menyaksikan Huawei dan Leica menampilkan sensor generasi ke-2 Leica iaitu lensa Summilux-H. Dengan aperture yang ditambah baik iaitu pada f/1.8, membolehkan pengguna mengambil gambar atau video dalam keadaaan lowlight yang fantastik.

Gambar portrait yang dihasilkan oleh Huawei P10 Plus bersama sensor generasi ke-2, Summilux-H f/1.8. Efek bokeh yang gila mantap.

Huawei turut menambah baik pada dwi-kamera utama mereka dengan menambah lebih MegaPixel iaitu 20MP + 12MP. Dengan kemampuan dwi-kamera yang tinggi ini, pengguna mampu mengambil gambar potret yang lebih artistik bersama kesan bokeh yang mantap.

Nilai aperture f/1.8 yang dipertingkatkan membenarkan lebih banyak cahaya menembusi lensa Summilux lantas menghasilkan gambar low-light yang menakjubkan.

Huawei turut tidak ketinggalan untuk menyertakan teknologi Leica pada kamera selfie. Ini merupakan kali pertama Huawei menampilkan lensa kamera premium 8-Megapixel bersama aperture f/1.9 untuk mengambil gambar selfie. 

Huawei menyatakan bahawa kualiti kamera selfie sangat penting pada masa kini untuk merakam atau mengambil gambar, supaya pengguna tidak terlepas saat-saat penting.

Foto menerusi kamera hadapan. Kredit foto: Wiser.my

Kamera depan juga dapat mengesan perbezaan antara gambar diri sendiri atau berkumpulan dengan mengalihkan pada mode wide angle secara automatik.


Kamera P10 dan P10 Plus juga mempunyai teknologi 2X Zoom Hybrid, pengguna mampu merakam atau mengambil gambar objek berkedudukan jauh dengan fungsi zoom yang hebat tanpa mengurangkan kualiti imej tersebut.

Antara penambahbaikkan yang ditampilkan dari segi perisian adalah seperti ciri Dynamic Illumination yang berfungsi secara automatik untuk tetapan AWB, kalajuan shutter dan ISO. Pengguna juga dapat melaraskan efek bokeh (wide aperture) mengikut selara masing-masing.


Selain itu, Huawei turut menampilkan fungsi pengesan wajah 3D dengan keupaayaan pengecaman wajah yang lebih tepat dan fokus yang lebih pantas semasa fotografi. Dengan ciri ini, pengguna dapat mengambil gambar potrait dan selfie yang lebih jelas.



Selain keupayaan kamera yang tinggi, peranti baru ini juga turut membawakan penambahbaikan binaan logam yang kini tidak memerangkap kesan cap jari. 

Tahun ini Huawei turut membawakan sokongan kalis  percikkan air melalui perlindungan Nano Coating

Kedua-dua peranti ini menjalankan antaramuka EMUI 5.1 yang berasaskan system operasi Android 7.0 Nougat. Menariknya, Huawei P10 turut menjadikan telefon pintar pertama dengan rangkaian 4.5 LTE memberikan sambungan rangkaian yang sangat kuat dan pantas pada setiap masa.


Model Huawei P10 dibina dengan cip pemprosesan Kirin 960 bersama RAM bersaiz 4GB dan memori dalaman 64GB. Ianya mempunyai skrin berukuran 5.1 inci pada resolusi 1080p. Ianya dimuatkan dengan bateri 3200mAh dan dijual pada harga RM 2499.


Model Huawei P10 Plus pula merupakan model kelas atasan untuk line-up flagship kali ini. Dibina dengan cip pemprosesan Kirin 960 bersama RAM sebesar gajah 6GB dan memori dalaman 128GB. Ianya mempunyai paparan skrin bersaiz 5.5 inci pada resolusi yang lebih tinggi iaitu pada 2K. Ianya dimuatkan dengan saiz bateri 3750mAh dan akan mula dijual pada harga RM 3099


Penawaran paling berspesifikasi rendah pula dalah Huawei P10 Lite. P10 Lite dilengkapi dengan cip pemprosesan sedikit rendah Kirin 655, RAM 4GB, storan dalaman 32GB bersama paparan skrin berukuran 5.2-inci. Manakala sensor kamera belakang 12-megapixel serta kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan dijual pada harga mampu milik RM1299.


Peranti ini hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan berbanding bahagian belakang seperti Huawei P9. 

Pada kami, pengimbas cap jari di bahagian hadapan adalah lebih mudah dan praktikal kerana di belakang kami sering konfius mana satu kamera dan mana satu sensor cap jari. Lain orang lain citarasanya. Terpulang.


Fungsi pengecasan pantas Huawei SuperCharge turut disertakan dengan memberikan tempoh penggunaan sepanjang hari untuk masa pengecasan sekitar 30 minit.

Amacam? Takkan tak terliur kot?

Baca di sini untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino
    hanya dengan 1userid sudah bisa mencoba semua games lo

    BalasPadam
  3. SWIN888 MERDEKA PROMOTION LUCKY DRAW NEW GAMES
    SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666
    Swin888.blogspot.com
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/ TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
    https://www.youtube.com/watch?v=7zdYogivLlw&t=4s

    #scr888 #swin888 #lpe88 #joker123 #sky777 #sky99
    #rich96 #malaysia #sabah #slotgames #sky3888
    #ace333 #leocity #spadegaming #sportbook #seagames
    #kl2017 #zizanrazak #igmalaysia #fbmalaysia #malaysian

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli