Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Hari ini Saya Raja & Ini, Puteri Saya' - Kisah Pengemis ini Beli Baju Baru Untuk Anaknya Setelah 2 Tahun Menunggu Jadi Viral

Foto: GMB Akash

Bagi yang berduit, membeli baju ibarat membeli gula-gula tetapi perkara sebaliknya dirasai oleh mereka yang kurang berkemampuan.

Bagi pengemis ini pula, dia mengambil masa dua tahun menyimpan untuk membeli baju baru untuk anaknya. Harga baju itu? 300 taka (matawang Bangladesh) atau RM 16.50 jika ditukar kepada Ringgit Malaysia.

Kisah sayu disebalik baju itu dikongsi oleh seorang jurufoto, GMB Akash yang memuat naik cerita itu di Facebook bersama gambar bapa itu bersama anaknya. Setakat hari ini, cerita itu kini menerima lebih 20,000 perkongsian.

Ikuti kisah pengemis itu yang telah alih bahasa di bawah:

"Semalam, saya berjaya beli baju baru untuk anak perempuan saya selepas dua tahun. Ketika saya menyerahkan 60 keping not 5 taka kepada jurujual, dia menjerit ke arah saya bertanya sama ada saya ini seorang pengemis. Anak saya pegang tangan saya dan menangis mahu meninggalkan kedai itu sambil berkata dia tidak mahu membeli baju baru. Saya sapu air matanya dengan sebelah tangan.

"Ya, saya seorang pengemis. Sepuluh tahun lepas saya tak pernah sangka akan meminta-minta duit dari orang. Satu malam bas terjatuh dari sebuah jambatan dan tidak sangka saya hidup. Saya masih hidup tetapi cacat. Anak lelaki bongsu saya selalu tanya di mana saya tertinggal tangan kiri saya sebelah lagi. Anak perempuan saya, Sumaiya, pula selalu suapkan saya setiap hari dan berkata dia tahu betapa sukarnya buat kerja sebelah tangan.

"Selepas dua tahun (hari ini), anak perempuan saya memakai baju baru. Sebab itu saya bawa dia bermain sebentar. Mungkin saya langsung tidak dapat duit hari ni, tapi saya mahu bermain sebentar bersama anak kecil saya. Saya senyap-senyap pinjam telefon jiran tanpa memberitahu isteri saya. Anak perempuan saya tidak pernah bergambar dan saya mahu buat hari ini menjadi hari yang istimewa buatnya. Bila satu hari nanti saya mampu beli telefon, saya akan ambil banyak foto anak-anak saya. Saya mahu simpan semua kenangan manis.

"Sukar untuk menghantar anak saya ke sekolah, tapi saya sendiri yang mengajar mereka. Kadang-kadang mereka tidak boleh pergi ambil ujian kerana untuk membayar yurannya kadang-kadang mustahil buat saya. Pada hari itu, saya akan beritahu mereka, kadang-kadang kita boleh ponteng ujian kerana ujian yang kita lalui setiap hari.

"Sekarang saya akan pergi mengemis. Saya akan letakkan anak saya di satu tempat lain dimana dia akan menunggu saya. Saya akan tengok dia dari jauh ketika saya mengemis. Saya raas malu bila dia tengok saya apabila saya tadah tangan kepada orang lain. Tapi dia langsung tidak meninggalkan saya seorang diri. Kerana ada kereta besar dan dia fikir kemalangan boleh berlaku lagi. Kereta-kereta ini boleh langgar dan saya akan mati.

"Apabila saya dapat sedikit duit, saya akan pulang ke rumah sambil memegang tangan anak saya. Kami akan pergi ke bazar dalam perjalanan rumah dan anak saya selalu bawa beg itu. Ketika hujan, kami suka biarkan basah dan bercakap tentang impian kami.

"Jika tak dapat wang, saya akan pulang dengan senyap. Hari itu saya seperti mahu mati tapi malamnya, apabila anak-anak saya tidur sambil memeluk saya, saya berfikir hidup ni bukannya teruk sangat. (Hidup) hanya teruk bila anak perempuan saya tunggu sambil tundukkan kepala dia ke bawah. Apabila saya tidak dapat lihat mata dia ketika mengemis.

"Tapi hari ni hari yang lain. Kerana hari ni anak perempuan saya sangat gembira. Hari ni bapanya bukan seorang pengemis. Hari ini, bapanya seorang raya dan ini adalah puterinya.

- MD. Kawsar Hossain

Sumber: GM Bakash
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli