Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guru Ini Kongsi Tips Untuk Ibu Bapa Gunakan Dalam Ajar Anak-Anak Mengenai Topik 'Bundar' Bagi Subjek Matematik

No Comment

Mengajar dan membantu anak-anak adalah salah satu tugas buat ibu bapa, lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan pembelajaran mereka, yang mana, guru dan ibu bapa saling berkerjasam membantu anak-anak.

Buat ibu bapa pula, yang mana kebanyakan masa dihabiskan bersama anak-anak, sudah pasti saat mereka mempunyai masalah dalam membuat ulangkaji, atau kerja rumah, anak-anak akan bertanya kepada kita, sebagai ibu bapa untuk membantu mereka.

Mungkin ada ibu bapa yang mempunyai kesukaran untuk menerangkan kepada anak-anak, bukan tidak tahu, tetapi sukar untuk menjelaskan dengan bahasa mudah.

Kalau anak-anak di sekolah rendah, dan untuk subjek Matematik, mungkin ada yang mereka kurang faham akan satu-satu topik.

Untuk itu, seorang guru, iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh telah kongsikan beberapa tips, atau cara yang ibu bapa boleh gunakan, lebih-lebih lagi berkaitan subjek Matematik, dalam bab ‘Bundar’.

Jom kita lihat macam mana ibu bapa boleh bantu anak-anak dalam topik ini.


Mudahnya Belajar Bundar 

Dulu-dulu topik bundar diajar bermula tahun 4. Namun sejak KSSR diperkenalkan, murid tahun 1 dah kena belajar bundar.

Maka ramailah guru dan ibubapa pening kepala. Puas diajar anak tak faham-faham. Jangan risau, malam ni Cikgu Kelas Sebelah akan ajar cara yang paling mudah untuk ajar anak kau orang apa itu bundar.

1) Jelaskan maksud bundar

Untuk tahun 1, kau kena bagi dia ingat bahawa BUNDAR bermaksud TUKAR NOMBOR KEPADA PULUH. Ini kau kena tekan dan ulang-ulang. Lepas tu kau tanya dia,

" Apa itu nombor puluh? "

Kau bilanglah bersama dia nombor puluh bermula 10, 20, 30 ...... 100.

Untuk tahun 2 dan 3, kau tekankan bahawa bundar itu bermaksud MENUKAR NOMBOR KEPADA KEHENDAK SOALAN. Kalau soalan suruh bundar pada ratus terdekat, maka kau bimbing anak kira nombor ratus sahaja. Dari 100 sampai 1000.


2) Teknik turun naik bukit

Ini teknik cikgu otai tahun 1 mesti tahu. Teknik paling mudah nak bagi murid faham apa itu bundar. Kau rujuk gambar yang aku sertakan ni.

Kau lukis bukit, puncak bukit mesti nombor 5 berada di tempat sa. Contoh soalan seperti berikut :-

53 dibundarkan menjadi [. ]

Nombor 50 dikaki bukit sebelah kiri, nombor 60 dikaki bukit sebelah kanan, dan nombor 55 dipuncak bukit. 

Part ni pun kena bagi penerangan jelas dan berulang-ulang. Ya, walau bosan mesti ulang-ulang sampai berpuluh kali.

Ulang supaya anak kau tahu nombor berapa patut ada di kaki bukit sebelah kiri, nombor berapa patut ada dikaki bukit sebelah kanan, dan nombor berapa patut berada dipuncak bukit.

Lepas tu kau tulis semua nombor dari 50-60. Kemudian kau bulatkan apa yang soalan hendak. Kat sini soalan tanya nombor 53, kau bulatlah nombor 53. Dah bulat, apa lagi. Kau gunakan kemahiran seni lukis kau yang power tu. Lukis basikal kat nombor 53 biar anak kau nampak dengan jelas dan dapat bayangkan.

Masa ni kau tanya dia,

" Kalau basikal kat sini, agak-agak dia turun ke nombor 50 ke dia boleh pergi ke nombor 60?"
Kalau anak kau jawab betul, kau berlakon la buat muka terkejut penuh gembira. Puji dia berbakul-bakul. Ajak 'Hi 5'. Bagi duit singgit. Bagi makan eskrim. Bagi coklat. Bagi hadiah basikal sebutir. Eh, macam melampau pula baru dapat jawab satu soalan dah dapat basikal.

Kau kena tenang dan sabar. Tukar soalan lain, lukis lagi. Lepas tu kau suruh dia pula lukis dan kau bagi soalan. Penerangan kena bagi dengan jelas. Jelas sejelas-jelasnya.

Tapi, walau penerangan diberi sangat detail, slow dan berulang-ulang, pasti ada murid nampak faham tapi tak faham.

Ya tuan-tuan. Memang wujud murid nampak faham tapi tak faham ni.

Dalam penerangan dan aktiviti murid bersama guru, kemain aktif dia angkat tangan menjawab. Betul pula tu. Bila disuruh buat dalam buku latihan, dia dulu datang ke depan tanya macam mana nak buat.


3) Teknik rumah jiran

Nah, ini pun antara teknik mudah nak bagi murid faham bundar. Kau rujuk la gambar aku, boleh faham rasanya kan?

Tapi tak pe, aku jelaskan secara ringkas ya teknik rumah jiran ni. Penat dah aku ajar teknik naik basikal tadi. Huhuhu.

Baik. Teknik ni kau kena lukis 10 buah rumah. Kau tulis nombor berdasar kehendak soalan. Macam contoh soalan aku buat,

" 32 dibundarkan menjadi [. ]"

Warnakan rumah nombor 32. Tanya dia, nak ke rumah 30 ke 40 yang lebih dekat?
Ulang dan ulang sampai lebam. Sampai dia faham.


Oh ya, kalau soalan tanya nombor tengah-tengah macam nombor 75. Kau kata je begini kat dia,

" Nombor ni kat tengah-tengah. Alang-alang dah separuh jalan, jalan terus la. Jangan mengundur ke belakang dah."

Atau kau reka la sendiri ayat lain supaya dia faham.


Paling PENTING, penggunaan MARKER BERBAGAI WARNA. SANGAT PENTING!

Teknik ini teknik asas. Sesuai untuk murid tahun 2-6 yang sangat slow dalam belajar dan sesuai untuk murid tahun 1 yang baru nak kenal apa itu bundar.

Yang dah laju kau kenalkan dengan nombor miskin dan nombor kaya. Nombor miskin tambah sifar, nombor kaya tambah satu. Ala, yang macam cikgu kau ajar dulu lah.

Ya, cikgu otai lain mungkin ada cara lain yang lebih bagus dan berkesan. Matematik ni ada berjuta cara. Jadi jangan nak timbulkan isu kata cara aku paling bagus. Cara dan pendekatan cikgu lain aku sangat hormati. Sama-sama kita berkongsi ya. Aku tak perasan bagus pun. Sekadar berkongsi ilmu setelah 12 tahun mengajar Matematik tahun 1.

Dah la, aku nak makan nasi pula ni. Lapar dah. Harap kau boleh faham lah.

Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa dalam memberi penerangan kepada anak-anak dalam topik ini. Selepas ini, bolehlah anak-anak belajar dengan lebih baik lagi menerusi tips ini. - Siakap Keli

BACA: Sementara Menanti Saat Anak Boleh Membaca, Penting Untuk Ibu Bapa Lakukan Perkara Ini Terlebih Dahulu
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli