Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Jamaica Yang Berumur 117 Tahun ini Adalah Manusia Tertua Yang Baharu & Dia Suka Makan Buah-Buahan Serta Kaki Lembu



Wanita dari Jamaica yang berusia 117 tahun dinobatkan sebagai manusia tertua dunia yang baharu apabila individu tertua sebelum ini, Emma Morano, 117, meninggal dunia pada 15 April lalu.

Mosse-Brown lahir pada 10 Mac 1900 dan secara tepatnya sudah berusia 117 tahun dan 38 hari.

Menurut Mail Online, Mosse dulunya seorang pekerja ladang yang bekerja di ladang tebu untuk tuannya. Kini, Mosse sudah mempunyai ladang sendiri serta mempunyai kedai membuat roti.

Mengenai diet pula, penjaga Mosse berkata: 'Dia (Mosse) suka makan ikan dan daging dan kadang-kadang dia akan makan kaki lembu, tetapi dia tidak makan daging babi atau ayam. Dia juga suka ubi keledek, sukun, dan buah-buahan seperti buah oren dan mangga.

Mosse mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan dengan penggali kubur, Augustus Gaynor Brown.

Mosse-Brown dinamakan sebagai manusia tertua di dunia oleh The Gerontology Research Group, yang menyimpan senarai manusia yang berumur 110. Bagaimanapun, Guiness Book of World Records berkata pihaknya masih mengkaji beberapa orang calon, kata New York Daily News.

Manusia tertua seterusnya dalam senarai adalah Nabi Tajima, yang berusia 116 tahun dan 256 hari.

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli