Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Tutorial Mekap Dari Syarikat Kosmetik Ini Buktikan Betapa Besarnya 'Kuasa Mekap' Berjaya Buat Wanita Nampak Lebih Cantik



Berdasarkan kajian, bersolek merupakan salah satu agenda harian yang tidak boleh ditinggalkan walaupun hanya sekadar berbedak dan bergincu tipis.

Seperti yang kita ketahui, sesuatu yang cantik itu pastilah ianya merupakan sifat wanita, jadi make up atau solekan ini adalah barang perhiasan kepada mereka, boleh dikatakan lebih 90 peratus wanita diluar sana gemar mengenakan solekan untuk mencantikkan wajah mereka di mana rata-rata mengenakan solekan yang nipis.

Walaupun ianya nampak remeh di mata seorang lelaki, tetapi sebenarnya naluri wanita itu inginkan kecantikan, mereka akan berasa yakin dipandang oleh orang lain jika mereka cantik, jadi jangan terlalu menghalang untuk wanita itu nampak cantik.

Sebelum ini pasti ada antara kita yang pernah terbaca kisah bagaimana dengan solekan berjaya mengubah muka seseorang yang agak teruk atau biasa-biasa kepada seorang yang begitu cantik bak anak patung barbie.

Dalam bidang solekan ini, pernah mencetuskan kekaguman dunia baru-baru ini apabila ada seorang jurusolek profesional dari Filipina bernama Paolo Ballesteros, di mana dia telah berjaya membuat solekan terhadap 16 orang lelaki hingga hampir-hampir menyerupai artis-artis terkenal Hollywood seperti Jennifer Lawrence, Julia Roberts, Kim Kardashian dan ramai lagi.

Selalu kita lihat gambar-gambar diluar negara, mereka mengenakan make up yang tebal untuk mencantik atau menyembunyikan masalah di muka, tetapi di Malaysia beberapa gambar yang kami ambil dari Page syakikat kecantikan terkenal, Okaya Malaysia ini, menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas mengenakan Make Up buat wajah mereka berubah begitu lain sekali, cantik dan nampak lembut.

Jom kita lihat.










Begitu berbezakan? dengan kuasa solekan, muka yang ada tompok hitam, jerawat dan lain-lain berjaya disembunyikan dengan hanya solekan yang nipis sekaligus sudah pasti akan menaikan keyakinan mereka.

Ada lelaki yang menyatakan, mereka lebih suka wanita 'natural' tanpa make up, perlu diketahui hormon wanita ini berubah-rubah setiap hari dalam sebulan, kadang-kadang tanpa make up muka mereka memang 'flawless' habis, tapi ada hari jerawat naik, ada hari muka nampak kusam, jadi itulah salah satu sebab kenapa make up itu penting kepada wanita.

Menurut seorang pakar kecantikan, kenapa perlu untuk bersolek? katanya seorang wanita apabila umurnya sudah meningkat, kecantikan itu sikit sedikit semakin luntur, jadi sekurang-kurangnya dengan bersolek kemas, orang lain memandang kita ada keyakinan dan berpersonaliti.

''Bersolek dan berpenampilan menarik adalah penting kerana 30 peratus personaliti diri kita dinilai oleh orang lain melalui pandangan pertama, tidak perlu tebal seperti wayang Cina, cukuplah sekadar sederhana untuk menampakkan seri di muka sahaja '' katanya.

Jom kita lihat video cara-cara solekan yang telah dimuatnaik oleh pihak Okaya Malaysia.




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli