Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Celcom Beri Data Percuma Tanpa Had Untuk WhatsApp & Facebook Bermula 29 April Hingga 5 Mei Ini



Kuala Lumpur, 26 Apr - Celcom memberikan data percuma Facebook dan WhatsApp untuk semua pelanggan Celcom dan Xpax bermula dari 29 April sehingga 5 Mei 2017 sebagai tanda meminta maaf atas gangguan yang berlaku baru-baru ini.

Celcom mengumumkan perkara terbabit menerusi laman Facebooknya semalam.

"Kami gembira untuk mengumumkan bahawa kami akan beri data percuma tanpa had untuk Facebook dan WhatsApp kepada semua pelanggan Celcom dan Xpax bemula 29 April - 5 Mei 2017. Tiada kuota internet akan ditolak untuk Facebook dan WhatsApp ketika durasi ini. Kami sangat menghargai sokongan anda dan terima kasih." tulis Celcom.

Sebelum ini pengguna-pengguna Celcom melaporkan mereka mengalami gangguan sambungan data ketika menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Celcom berkata mereka telah berjaya memperbaiki isu terbabit beberapa hari lalu.

Sumber: Facebook Celcom
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli