Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buat ‘SWOT Analysis’ Secara Kasar Untuk Tahu Hartanah Tersebut Wajar Dibeli Ataupun Tidak, Lebih-Lebih Jika Ingin Dijadikan Sebagai Pelaburan

No Comment

Selalunya kalau nak berniaga, ramai yang sarankan guna ‘SWOT Analysis' dalam mengetahui beberapa aspek penting sebelum memulakan satu-satu perniagaan tersebut.

Tapi sebenarnya, SWOT ini boleh juga digunakan untuk perkara lain, antaranya dalam membuat pilihan untuk membeli rumah, khususnya jika rumah tersebut ingin dijadikan sebagai pelaburan.

Bagaimana pula SWOT ini boleh membantu? Berdasarkan perkongsian dari saudara Amir Syahir, analisis ini boleh digunakan secara kasar untuk tahu hartanah tersebut wajar dibeli atau tidak.

Mari kita ikuti penjelasan darinya.


SWOT Analisis Sebelum Membeli Hartanah

"Saya nak beli rumah dekat Seremban. Harga RM120K. Berbaloi tak tuan? Nak buat investment"

"Saya nak beli rumah di Kajang. Nak buat investment. Okay tak?"

***

Banyak juga gua dapat pertanyaan macam tu. Kalau nak beli rumah untuk pelaburan kau la yang kena tahu kekuatan rumah yang nak dibeli tu.

Kau lah kena buat analisa sendiri. Kena buat sedikit "research" la. Jangan bergantung pada orang lain je. Mungkin dia tak mahir dengan hartanah di kawasan yang kau nak beli tu. Masa viewing hartanah tu terus tanya ejen hartanah tu.

Jika kau selidik sedikit sebanyak tak la kau akan rasa rugi lepas beli hartanah tu nanti. Kalau malas, kau la yang akan menyesal nanti. Jangan main beli je. Beli hartanah ni bukan serupa beli bokser kau tu. Kena rancang betul-betul, bijak memilih dan membuat keputusan dengan tepat.

Kalau boleh, buat SWOT analisis secara kasar untuk tahu hartanah tersebut wajar dibeli ataupun tidak.

Jika banyak bahagian Strengths dan Opportunities tu elok bayar terus booking fees. Jangan fikir lama-lama.

✅Strengths : Kelebihan dan kekuatan hartanah tersebut untuk pelaburan hartanah kau.

Weaknesses : Kekurangan dan kelemahan hartanah tersebut yang berkemungkinan akan kerugian jika membeli.

✅Opportunities :
Faktor luaran hartanah tersebut yang akan menguntungkan kau. Peluang yang mampu menguntungkan.

Threats : Faktor luaran yang mungkin menjadi ancaman kerugian pelaburan hartanah ataupun ancaman kau tak mampu untuk memiliki hartanah tersebut.

Bagi gua Threats lebih kepada ancaman, faktor menyebabkan boleh merosakkan kelebihan (Strengths).

Threats ini mungkin di luar kemampuan kita untuk atasinya. Contohnya Strengths kawasan dah menarik, tetapi banyak pekerja warga asing. Macam kita tak ada kemampuan untuk halang.

Kalau Weaknesses kita boleh baiki. Macam pintu toilet rosak, tak leh flush, sink sumbat.

Jika kau nak untung aliran tunai positif, faktor yang perlu diambil kira dalam membeli sesebuah hartanah adalah dengan mengira Rental Yield.
Rumus bagi pengiraan ini ialah :

Rental Yield = (Anggaran Sewa Sebulan X 12) / Nilai Pembelian Hartanah) × 100

Contoh: (800X12) / 120,000 X 100 = 8%

Rental yield seharusnya atas 7.5% adalah sangat berbaloi dan perlu disambar dengan segera.

Jika nak beli rumah, cuba cari yang tuan rumah nak jual hartanah di bawah nilai harga pasaran.

Moga manfaat. Share lah jika bermanfaat.

[ASY]

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli