Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buat Pendakian Gunung Dalam Trip Yang Panjang, Beberapa Faktor Ini Harus Diketahui & Perlu Diambil Kira Untuk Kekal Bersedia

No Comment

Dapat menghayati keindahan alam di puncak gunung sudah pasti cukup mengujakan, lebih-lebih lagi setelah beberapa jam mendaki dengan meredah jalan yang mencabar. Namun, ia memberi kepuasan setelah tiba ke puncak.

Bukan itu sahaja, sebenarnya terdapat beberapa perkara lagi yang harus dihadapi oleh pendaki gunung, khususnya yang mengambil masa lama, sama ada berjam-jam, atau mungkin seharian.

Bagi seorang gadis, iaitu saudari Anastasia Azlan yang mana dirinya juga seorang pendaki gunung, dia telah kongsikan beberapa dilema yang ditempuhi dalam pendakian trip yang panjang.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU

DILEMA #30 TIPS GUNUNG TRIP PANJANG

Bismilahirahmanirahim dan Salam Pergunungan,

1. Sebelum 2 Minggu Trip amalkan Sarapan Pagi Telor Separuh Masak Protien untuk Muscle.

2. Sehari sebelum trip minum air garam segelas untuk mengelakkan Badan yang kurang garam, avoid Krem Muscle Pain.

3. Jika tidak mampu nak minum Air Garam segelas amalkan 100 Plus 3 Hari berturut sebelum trip. Badan sudah mula proses sebelum digunakan.

4. Dapatkan pace sendiri. Trek mendatar menaik dan menurun. Jangan ikut pace orang lain jika boleh mendatangkan injury kepada diri sendiri.

5. Tidak semua orang mampu ikut pace slow dan laju. Momentum yang berubah ubah hanya kepada yang sudah biasa dan mampu menahan mental.

6. Perjalanan Trip Panjang memerlukan semangat yang tinggi dan menjiwai pada setiap perjalanan.

7. Pelbagai cara, paling utama menjaga mental supaya tidak rabak dan barai sepanjang ekspedisi.

8. Hiburkan diri
dengan menikmati alam ciptaan Tuhan. Melihat flora dan fauna. Bertanya dan mengkaji dengan yang lebih berilmu.

9. Belajar dengan melihat dan bertanya paling utama. Ambil ilmu sebanyak yang mungkin. Tak apa, jangan malu untuk menimba ilmu.

10. Belajar dan terus belajar, bentuk permukaan bumi, aliran sungai, permatang, hutan denai, tapak & najis binatang.


11. Cari Beg yang paling sesuai dengan saiz & torso. Trip Panjang memerlukan saiz beg yang lebih besar dengan membawa barang sendiri dan company.

12. Tips mengelakkan injury, mulakan dengan langkah perlahan sehingga badan mula panas. Selalu terjadi krem & injury apabila memaksa badan.

13. Apabila menaik gunakan langkah kecil dan setiap langkah bernafas melalui hidung dan hembus. Praktikkan dan akan dapat pace sendiri.

14. Recover lenguh kaki ketika naik bila melalui jalan mendatar dengan langkah besar dan laju. Lembut kaki supaya lenguh tadi berkurangan.

15. Ketika menurun, kangkangkan kaki sedikit supaya badan & beban yg anda pikul stabil. Turun dengan cara mengiringkan badan untuk menjaga lutut.

16. Banyakkan bernafas tarik dalam-dalam, jantung dan darah memerlukan oksigen yang cukup ketika sedang aktif.

17. Sediakan ORS sebagai emergency jika mengalami krem dan ketika banyak berpeluh. Badan memerlukan apa yang diperlukan. Jangan pandang remeh.

18. Ketika di dalam hutan, kita sedang survive untuk diri sendiri. Fasa kita memerlukan persiapan rapi. Kaji semula apa yang diri sendiri perlukan.

19. Jika tidak tahan dengan sejuk, bawa plastik sampah atau emergency blanket. Bawa emergency ration yang cukup. Kaji diri memerlukan tenaga.

20. Makan yang cukup jangan sesekali skip makan walaupun letih. Recovery sewaktu tidur adalah penting untukk tenaga keesokan harinya. Makan!


21. Nutrition perlu dikaji untuk tenaga lebih banyak yang diguna pakai. Kebanyakan pendaki yang memikul beg berat makan tak ingat dunia!

22. Susun beg dengan cara yang betul. Susunan beg memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan injury pada badan lenguh pinggang dan bahu.

23. Tips penting, jangan minum air terlalu banyak ketika on trek. Badan bekerja lebih ketika minum air terlalu banyak dan cepat keletihan.

24. Recovery, minum air banyak ketika di kemsite dan sebelum tidur. Minumlah air sebanyak yang mungkin mengelakkan berlaku rehydration.

25. Pakai kasut yang paling sesuai & tidak menganggu perjalanan. Sapukan vaseline sebelum memakai stokin, bawa bedak yang menggunakan kasut mahal dan stokin lebih selain kasut getah.

26.
Bawa Bonjela untuk kaki yang jenis lembut dan cepat melecet. Celahan kangkang dan lain-lain.

27. Try and Error, survival kit. Plastik sampah boleh mengurangkan sejuk daripada angin dan hujan yang boleh mendatangkan Hypothermia.

28. Bawa extra bateri headlamp untuk emergency dan lain-lain. Benda penting harus dititik beratkan dan tidak menyusahkan diri sendiri.

29. Trip sukses adalah pergi dan pulang dgn selamat. Team work amatlah penting. Patuhi arahan guide & gogo untuk keselamatan seluruh team.

30. Sayangi sahabat pendakian, yang lemah dibantu. Pulang dengan kasih sayang dan hargai setiap kenangan yang telah tercipta. All the best!

P/S: Training amatlah penting sebelum ekspedisi. Muscle ready untuk trip panjang dan untuk memikul beban. Jaga sampah, pendaki sejati menjaga sampah kerana menghormati alam ciptaan Tuhan.

Dari pendaki untuk pendaki,
Anastasia Azlan

Warisan Khazanah Pergunungan. Spread the love, positive vibes.

- Siakap Keli

BACA: Keunikan ‘Mossy Forest’ Jadi Daya Tarikan Pendaki, Pemuda Ini Kongsi Tip Jika Ingin Mendaki Gunung Irau
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli