Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bouncer" Disco Tak Pernah Cedera Bila Bergaduh, Tapi Kini Lumpuh Menderita Selepas Ilmu Kebal Makan Diri


Jika dulu disebut namanya Zack Tiger, sudah membuatkan ramai musuh gerun, manakan tidak, dia tidak pernah cedera apabila bergaduh walaupun pernah diserang oleh enam lelaki berparang, lapor Harian Metro.

Namanya begitu gah di kalangan pengawal kelab malam atau bouncer di sekitar Lembah Klang kerana tidak pernah mengalami kecederaan ketika bertugas walaupun beberapa kali diserang.

Kisahnya dia pernah diserang enam lelaki bersenjatakan parang ketika cuba meleraikan satu pergaduhan di sebuah kelab malam di ibu kota, beberapa tetakan telah dilepaskan ke atas tubunya namun tetakan itu tidak sedikit pun berjaya mencederakannya, seperti menetak sebatang besi padu.

Kerana kekuatannya itu menyebabkan dia lebih dikenali sebagai Bouncer Dewa dalam kalangan rakan-rakannya, pendapatannya mampu mencecah RM20,000 sebulan dan pernah ditawarkan menjadi pengawal peribadi kepada seorang lelaki bergelar Datuk.

Menurut beliau dia tidak cedera kerana mengamalkan ilmu kebal yang telah dituntut pada 2003 daripada seorang lelaki Indonesia di mana pantang larangnya adalah tidak boleh membaca al-Quran dan mengambil makanan sunnah.

Namun, zaman kegemilangan itu tidak lama, setiap perjanjian dengan syaitan itu pasti ada keburukan dan pengorbanan yang perlu berlaku, segala ilmu kebalnya itu memakan diri sendiri sehingga mengakibatkan dirinya lumpuh hampir dua tahun dan terpaksa bergantung hidup dengan keluarganya.

Menurut Zack, 43, pada tahun 2014, tiba-tiba seluruh badannya kaku tanpa sebab walau tidak pernah melanggar pantang larang gurunya, yang dipanggil Pak Sastro.

“Saya dibawa untuk dirawat di sebuah hospital swasta dan doktor mengesahkan saya tidak mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kencing manis,” katanya.

Lebih memburukkan keadaannya, anaknya yang berusia dua tahun mengidap masalah kelumpuhan otak atau cerebral palsy.

Namun, kuasa Maha Pencipta, berkat rawatan di pusat perubatan Islam sejak Januari tahun lalu, beliau kini pulih sepenuhnya Disember lepas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli